Mahal Rupanya! Neelofa Hadiahkan Seterika RM13,000 Kepada Nabila

Selebriti terkenal, Neelofa sekali lagi menjadi bualan netizen selepas menghadiahkan satu set seterika kepada kakaknya, Noor Nabila.

Lebih mengejutkan, carian netizen mengenai harga seterika yang dihadiahkan usahawan itu mencecah RM13,000 seunit.

Berharga Hampir RM13 Ribu! 

Seterika tersebut dianggarkan berjumlah RM12,900 dan merupakan antara model dan keluaran terkini bagi jenama itu.



 

Pendedahan tersebut dilakukan seorang pengguna dengan memuat naik tangkap layar InstaStory Nabila yang mengucapkan terima kasih kepada adiknya atas pemberian hadiah tersebut.

“Tengok Neelofa bagi kakak dia iron (seterika) ni macam best.

“Gigih google (carian) nak beli juga, sekali tengok harga dia mampu ‘berhuhu je’,”tulisnya.

Entri berkenaan mencetuskan pelbagai reaksi netizen, termasuk mempersoalkan ‘kecanggihan’ seterika tersebut yang dikatakan memiliki teknologi terkini selain mengambil kira faktor keselamatan.



“Iron (seterika) ni boleh gerak sendiri ke macam mana? Ada wifi ke?

“Bukan dia guna pun nanti, bibik dia yang guna,” komen netizen.

Untuk Rumah Baru 

Pengumuman itu dibuat Nabila bersama sahabat karibnya, Rosix menerusi saluran YouTube mereka, Bella & Rosix beberapa ketika dahulu. Malah kedua-dua mereka pernah berkongsi sebuah video khas untuk meninjau perabot-perabot yang sesuai diletakkan dalam rumah Nabila.

Pada September lalu, dalam perkongsian menerusi YouTubenya, Nabila memaklumkan akan berpindah ke kediaman baharu.

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=y05J5b-DtNw[/embedyt]

Pemberian seterika mahal tersebut dipercayai merupakan hadiah daripada Neelofa atau nama lengkapnya Noor Neelofa Mohd. Noor kepada Nabila untuk kediaman baharunya nanti.

Difahamkan seterika model Smart U ini dilengkapi pelbagai teknologi canggih termasuklah mengutamakan faktor keselamatan memandangkan Nabila mempunyai anak tunggal yang masih kecil,Jebat Jayden,3 tahun.



Sementara itu minggu lalu, bekas pengacara MeleTOP itu turut menjadi bualan netizen apabila dikecam mewarnakan kuku jarinya dengan inai yang kelihatan berwarna hitam sekali gus dilabel berhati hitam.-K! ONLINE

Kuku Berinai Hitam, Neelofa Dituduh Hati Hitam..”Kuku Hitam, Jangan-Jangan Hati Pun Hitam”-Netizen



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker