[VIDEO] Semoga Mohd Afiq tenang di sana..Jenazah penerima hati pertama negara selamat dikebumi

Sungai Petani: Jenazah Mohd Afiq Ikmal Muhammad Zaini, 23, penerima hati pertama di negara ini selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Barokah, Kampung Masjid Tikam Batu, jam 6 petang tadi.

Terdahulu, jenazah disembahyangkan di masjid berkenaan dengan dihadiri lebih 50 orang termasuk jemaah masjid, ahli keluarga dan sahabat handai.



Turut mengiringi jenazah, penderma hati Wan Mohd Hafizam Wan Ismail, 45.

Mohd Afiq Ikmal meninggal dunia hari ini selepas 18 hari menjalani rawatan di Hospital Selayang, Selangor sejak 13 Februari lalu akibat komplikasi hati.

Allahyarham Mohd Afiq Ikmal mencatat sejarah negara apabila menjadi penerima hati pertama di Malaysia pada 1999 daripada Wan Mohd Hafizam.

Wan Mohd Hafizam yang tidak mempunyai sebarang pertalian darah dengan Mohd Afiq Ikmal membuat keputusan itu atas dasar kemanusiaan dan mahu membantu pemuda itu yang mengalami masalah hati bengkak ketika berusia 14 bulan.



Keberanian Pegawai Bersekutu Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang menjadi penderma hati pertama Malaysia itu sekali gus membuka mata dan kesedaran kepada rakyat Malaysia tentang kepentingan pendermaan organ.

Al-Fatihah: Penerima Hati Pertama, Afiq Ikmal Meninggal Dunia



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker