Selepas dua hari tiada rasa demam dan selera pun macam biasa – PM

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkongsi perkembangan kesihatannya, sambil menyatakan beliau sihat dan tidak demam selepas dua hari disuntik vaksin COVID-19.

Muhyiddin memaklumkan mengenai keadaan dirinya itu melalui satu video yang dimuat naik dalam laman Facebook rasminya.

“Semuanya berjalan dengan baik, saya yakin ini vaksin yang selamat, vaksin berkesan, jadi ramai nak tanya saya, hari ini bagaimana keadaan saya, Alhamdulilah, saya berasa sihat, tiada rasa demam, tiada rasa luar biasa, makan macam biasa, selera pun macam biasa,” katanya sambil menzahirkan kesyukuran.



Semalam, Muhyiddin menjadi individu pertama di negara ini menerima suntikan dos pertama vaksin keluaran Pfizer-BioNTech.

Turut menerima dos pertama vaksin itu ialah Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan empat petugas Kementerian Kesihatan (KKM) di Pejabat Kesihatan Putrajaya, Presint 11.

Janda beri alasan jaga rakan lelaki demam dicekup khalwat



Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata beliau juga telah menerima tarikh temu janji untuk suntikan dos kedua yang dijadual pada 17 Mac depan.

Muhyiddin berkata sebagai penerima vaksin, beliau juga menerima pelbagai maklumat berkenaan vaksin melalui aplikasi MySejahtera yang dimuat turun dalam telefon bimbitnya.

“Sebab itu, saya nak minta sekali lagi supaya semua memainkan peranan masing-masing menyokong usaha kerajaan dan negara untuk kita landaikan kes COVID-19 dengan cara kita ramai-ramai mendaftar diri untuk mendapat suntikan menerusi aplikasi MySejahtera,” katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin menyeru orang ramai supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan walaupun telah menerima vaksin.



“Pakai pelitup muka, cuci tangan seperti biasa, jaga penjarakan fizikal, jangan pergi tempat ramai-ramai (orang), ini harus kita teruskan walaupun telah diberikan suntikan vaksin,” katanya.

– Bernama

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker