Bung: Sudah lumrah pemimpin keluar parti bila hilang keyakinan

Sudah menjadi lumrah pemimpin atau ahli memilih untuk keluar parti kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan atau perjuangan parti, kata Timbalan Pengerusi I Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Bung Moktar Radin.

Timbalan Ketua Menteri Sabah itu berkata perkara ini tidak terkecuali dalam tindakan Adun Sebatik Hassan A Gani Pg Amir daripada Warisan yang mengumumkan keluar parti hari ini dan menyokong kerajaan negeri pimpinan GRS.

“Pemimpin dan ahli parti akan keluar jika hilang keyakinan kepada pemimpin dan perjuangan partiā€¦ kita tidak tahu ke arah mana YB (Yang Berhormat) ini, kita tunggu dan lihat dulu,” katanya ketika dihubungi Bernama melalui Whatsapp hari ini.

Bung Moktar, yang juga pengerusi Umno Sabah, berkata parti itu mengalu-alukan Hassan A Gani sekiranya dia memilih untuk menyertainya, bagaimanapun prosedur kemasukan ke dalam parti perlu dipatuhi.

Hassan A Gani, dalam temu bual dengan Bernama, hari ini mengumumkan keluar Warisan atas alasan parti itu masih mengutamakan politik berbanding kesejahteraan rakyat.

Susulan tindakan Hassan A Gani menyokong GRS, gabungan itu yang dianggotai parti komponen Perikatan Nasional, Barisan Nasional dan Parti Bersatu Sabah kini memiliki sokongan 48 Adun daripada keseluruhan 79 Adun negeri tersebut.

Bernama

‘Tun M arah saya kurangkan keyakinan rakyat terhadap DAP’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker