Janda beri alasan jaga rakan lelaki demam dicekup khalwat

Alor Setar: Seorang lelaki bukan Islam memberi alasan sanggup datang ke rumah janda anak satu disebabkan wanita itu mahu menjaganya demam sebelum rumah itu diserbu anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) kerana disyaki berlakunya maksiat.

Dalam serbuan jam 11.40 malam tadi, lelaki berusia 29 tahun itu ditemui berada dalam rumah wanita berusia 31 tahun di Taman Wira Mergong, di sini.

Ketika serbuan dilakukan, seorang kanak-kanak berusia lima tahun dipercayai anak wanita itu turut ditemukan dalam rumah berkenaan.

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa JAIK, Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, serbuan dilakukan anggotanya hasil maklumat awam.

Katanya, ketika disoal, pasangan itu gagal menunjukkan sebarang bukti mempunyai hubungan mahram atau suami isteri menyebabkan wanita itu ditahan kerana disyaki berkhalwat.

“Lelaki itu bagaimanapun tidak ditahan kerana bukan Islam dan hanya diambil keterangan. Wanita itu ditahan kerana disyaki berkhalwat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Radzi berkata, sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.-HM

Wanita ini jual Nama Nasi Lemak JANDA jadi Hangat buat Netizen. Pemilik Gerai jawab balik PADU…

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker