Pengurusan kondominium tidak boleh keluarkan denda untuk kesalahan pelitup muka

PETALING JAYA: Badan pengurusan kondominium tiada hak untuk mengenakan sebarang penalti terhadap penghuni yang tidak memakai pelitup muka, kata menteri kanan keselamatan Ismail Sabri Yaakob.

Seorang budak lelaki berusia setahun dilaporkan didenda RM100 oleh badan pengurusan sebuah kondominium di Ampang awal minggu ini kerana tidak memakai pelitup muka di dalam lif, dengan kejadian itu tular selepas dikongsikan ibunya di Facebook.

Walaupun memakai pelitup muka diwajibkan sejak 1 Ogos, ketua pengarah kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kanak-kanak berusia dua tahun ke bawah dikecualikan.



Mengulas isu itu hari ini, Ismail berkata hanya pegawai kementerian kesihatan dan polis mempunyai kuasa untuk mengeluarkan kompaun terhadap mereka yang gagal memakai pelitup muka mengikut peruntukan Akta Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Pelajar perempuan mati terjun bangunan kondominum Kepong

“Apa dilakukan pengurusan kondominium di Ampang itu salah,” katanya dalam sidang media hari ini.



“Kuasa mengeluarkan kompaun dan tindakan lain mengikut Akta 342 adalah untuk kementerian kesihatan dan pihak yang diberi kuasa oleh kementerian seperti polis.

“Sehingga kini kami tidak memberikan kuasa itu kepada badan pengurusan kondominium dan pangsapuri, mahupun pejabat lain. Mereka tidak mempunyai kuasa itu.

“Saya berharap mereka membatalkan kompaun untuk budak berusia setahun itu. Tidak masuk akal pada saya.”

Ketua polis Ampang Jaya Mohamad Farouk Eshak memberitahu FMT, ibu bapa kanak-kanak itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.



Pasangan sudah bercerai ‘kerjasama’ edar dadah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker