Pasangan sudah bercerai ‘kerjasama’ edar dadah

KUALA LUMPUR: Walaupun sudah bercerai, bekas suami isteri “menjalinkan” hubungan selepas disyaki mengedar dadah di sekitar Lembah Klang dalam dua serbuan berasingan di sebuah kondominium di Cheras, Isnin lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Saiful Azly Kamaruddin berkata, pihaknya menahan seorang suspek lelaki tempatan berusia 66 tahun di tempat letak kereta kondominium berkenaan pada 5.30 petang hari sama.

“Hasil pemeriksaan dilakukan terhadap lelaki berkenaan polis merampas dadah disyaki jenis ketamin seberat 16.5g.

“Selepas soal siasat dibuat, kami pergi ke sebuah rumah di kondominium berkenaan dan menahan seorang wanita tempatan berusia 45 tahun pada 7.10 malam, hari sama,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Saiful Azly berkata, pemeriksaan dilakukan di kediaman itu menemui beberapa jenis dadah iaitu ketamin seberat 5,635g, serbuk methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) seberat 29,032g serta cecair MDMA seberat 31,350mm.

Edar dadah dalam lokap, pegawai kanan IPD Kota Tinggi berdepan tindakan

Beliau berkata, pihaknya juga menemukan 1,000 pil erimin 5 seberat 309g serta 1,900 pil ekstasi seberat 632g di dalam sebuah kereta Proton Wira ketika pemeriksaan dilakukan di tempat letak kenderaan di kondominium terbabit.

Katanya, semua dadah yang dirampas itu dianggarkan bernilai RM2.15 juta dan boleh dibekalkan kepada 39,000 pengguna.

“Selain itu, kami juga menyita sebuah kenderaan dianggarkan bernilai RM5,000 serta wang tunai berjumlah RM4,700.

“Hasil siasatan mendapati kedua-dua suspek pernah berkahwin namun bercerai tetapi masih aktif melakukan kegiatan pengedaran dadah jenis serbuk MDMA, ketamin, ekstasi dan erimin 5 di sekitar Lembah Klang sejak dua bulan lepas,” katanya.

Beliau berkata, hasil semakan mendapati suspek wanita berkenaan mempunyai rekod berkaitan kes dadah selain hasil ujian saringan air kencingnya positif dadah jenis methamphetamine manakala suspek lelaki pula negatif dadah.

“Kedua-dua suspek berkenaan direman selama enam hari bermula semalam hingga Ahad ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39(b) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya

Ku Li edar “surat cinta” untuk semua Ahli Parlimen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker