[VIDEO] Pokok Pun Jadilah…Dua Lelaki Curi Enam Pokok Bonsai Diburu Polis

YAN –  Polis memburu dua lelaki kerana disyaki mencuri enam pokok bonsai jenis bogak di Masjid Ar-Rahmah, Kampung Sungai Belida di Guar Chempedak di sini Isnin lalu.

Kegiatan jahat dua suspek yang memakai topi keledar dan pelitup muka itu dirakamkan televisyen litar tertutup (CCTV) masjid tersebut.

Rakaman berdurasi 1 minit 32 saat yang tular di media sosial sejak semalam memaparkan suspek mencabut sebatang pokok bonsai di pekarangan masjid berkenaan sebelum melarikannya.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, kehilangan pokok hiasan itu disedari tukang kebun masjid semasa tiba untuk membuat persediaan solat Subuh pada pukul 5.40 pagi, Isnin lalu. – K! ONLINE

Sumber: Facebook InfoRoadblok JPJ/Polis

Pemuda maut tersepit kereta rempuh pokok

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker