Pelajar perempuan mati terjun bangunan kondominum Kepong

Seorang wanita warga tempatan telah membunuh diri dengan terjun dari sebuah kondominium yang didiaminya di Kepong semalam.

Kejadian dilaporkan berlaku di Kondominium 3, Jalan Residen Utama, Desa Parkcity, Kepong pada lewat malam tadi dan mangsa dikenalpasti sebagai gadis berusia sekitar belasan tahun yang bersekolah di Kepong.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S. Shanmorgamorty Chinniah berkata, kejadian itu disedari pengawal keselamatan yang terlibat rondaan sebelah malam ketika insiden berlaku.

“Lebih kurang jam 10.11 malam semalam, Pusat Kawalan Polis Daerah Sentul terima panggilan kecemasan daripada seorang lelaki tempatan yang memperkenalkan diri sebagai pengawal keselamatan.

“Saksi memaklumkan ada orang jatuh bangunan di Kondominium Desa Parkcity Kepong.

“Polis bergegas ke tempat kejadian sejurus selepas panggilan itu sebelum mendapati ada mayat seorang perempuan disyaki berbangsa Cina ditutup dengan kain putih di atas jalan di antara bangunan parking dan bangunan kondominium,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Tambah Shanmorgamorty, hasil pemeriksaan polis pada tubuh si mati dapati mukanya pecah dengan kedua-dua tangan dan kaki mangsa patah.

Menurutnya, tiada kecederaan bersangkut dengan unsur jenayah melibatkan mangsa.

Jelas beliau polis berjaya mengesan ibu bapa simati itu yang kemudian mengesahkan mangsa merupakan anak perempuannya berdasarkan pakaian pada mayat.

“Polis sahkan mangsa adalah warganegara Malaysia berdasarkan tanda suntikan BCG di bahu kiri.

“Menerusi keterangan ibu bapanya, mangsa adalah juga seorang pelajar di sebuah sekolah di Kepong. Tiada elemen foulplay dlm insiden ini dan keterangan mereka telah dirakam untuk membantu siasatan siasatan diteruskan

“Manakala temubual secara lisan dengan pengawal keselamatan yang berada di tempat kejadian maklum dia terdengar bunyi dentuman di luar bilik pengawal keselamatan dan dia pergi melihat didapati si mati sudah jatuh di tempat kejadian.

“Kes disiasat di bawah mati mengejut. Bedah siasat akan di jalankan bagi nengetahui sebab-sebab kematian,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan berkenaan boleh menyalurkannya dengan menghubungi polis di Balai Polis Kepong IPD Sentul Kuala Lumpur di talian 03-6274 2312 atau mana-mana balai polis berhampiran.- MalaysiaGazette

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker