KDN keluarkan nama individu disenarai hitam masuk negara

LARUT – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengaktifkan senarai individu yang tidak dibenarkan masuk ke negara ini susulan pembukaan semula sempadan pada 1 April.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, tindakan itu dibuat bagi memastikan tahap keselamatan negara berada pada tahap terbaik.

Menurutnya, agensi keselamatan juga telah bersedia sejak sebulan yang lalu dalam usaha memberi keutamaan terhadap keselamatan negara.

“Kita tak sebut dari negara mana tetapi ada senarai hitam yang sudah pun bersedia untuk memastikan bahawa mereka ini tidak dibenarkan masuk ke negara kita.

“Jadi kita siap-siaga untuk memastikan semua itu, supaya kita pertahankan bukan hanya maruah negara tetapi keselamatan rakyat dalam negara dan juga orang luar yang mahu masuk supaya berasa lega bahawa negara Malaysia ini merupakan negara selamat untuk mereka kunjungi,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan Masjid dan Surau Bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kurau, di sini pada Sabtu.

Hamzah (dua dari kanan) menyerah sumbangan kepada wakil masjid dan surau pada Majlis Penyampaian Sumbangan Masjid dan Surau DUN Batu Kurau pada Sabtu.
Mengenai langkah menangani aktiviti penyeludupan pula, Hamzah berkata, usaha tersebut dilakukan secara berterusan seperti mana pintu sempadan belum dibuka sebelum ini.

Menurut beliau, pihaknya menyedari kegiatan tersebut bukan hanya berlaku ketika sempadan negara dibuka sahaja.

“Mereka memang sentiasa mencari jalan untuk membawa masuk dan melakukan perkara yang tidak diingini. Contohnya masalah narkotik dadah, kita telah pun lihat sehari dua ini kita bekerja kuat untuk memastikan bahawa sesiapa sahaja yang cuba untuk membawa masuk dadah ke dalam negara akan kita pastikan mereka ini ditangkap dan bawa mereka ke mahkamah.

“Kita alu-alukan sesiapa sahaja masuk ke Malaysia tapi pada masa yang sama kita kena bersedia untuk memastikan bahawa bukan hanya dari segi keselamatan tetapi dari segi keperluan-keperluan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang diumumkan oleh Kementerian Kesihatan,” katanya.

Ditanya mengenai persediaan menerima amah warga Indonesia yang telah ditandatangani perjanjian bersama republik itu, beliau menegaskan sebarang kemasukan warga asing ke negara ini masih perlu mengikut undang-undang ditetapkan.

Katanya, mana-mana individu yang menyalahi undang-undang di negara ini akan dikenakan tindakan termasuk warga tempatan sendiri.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengku Hassanal Kongsi Momen Bertemu Tengku Aleya, Sempat Kena ‘Sound’ Dengan Raja Permaisuri Agong

Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri, Tak Guna Sebarang Sos Pun

Laptop Tak Mampu Beli, Tapi Pakai iPhone – Rani Kulup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker