NGO peroleh perintah penggantungan sementara penghantaran pulang pelarian Myanmar

Gambar sebagai hiasan

23/02/2021 08:13 PM

KUALA LUMPUR, 23 Feb — Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan dua Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) untuk mendapatkan perintah penggantungan sementara bagi menghalang Kerajaan Malaysia menghantar pulang seramai 1,200 pelarian warganegara Myanmar ke negara asal hari ini.

Peguam New Sin Yew, yang mewakili kedua-dua NGO itu ketika dihubungi pemberita berkata Hakim Datuk Seri Mariana Yahya membenarkan permohonan ex parte (sebelah pihak) Asylum Access Berhad dan Aimal Sdn Bhd selaku pemohon sementara menunggu permohonan kebenaran semakan kehakiman mereka yang akan didengar esok di hadapan hakim sama.

Peguam itu berkata hakim membuat keputusan itu pada prosiding yang berlangsung secara dalam talian hari ini yang turut disertai Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly.

Semalam, Asylum dan Aimal memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk membatalkan keputusan kerajaan menghantar pulang kesemua pelarian itu termasuk kanak-kanak yang ditahan di pusat-pusat tahanan imigresen ke Myanmar hari ini melalui kapal laut.

Selain menamakan Kerajaan Malaysia selaku responden ketiga, kedua-dua pemohon turut menamakan Ketua Pengarah Imigresen dan Menteri Dalam Negeri sebagai responden pertama dan kedua.

Dakwa pemohon, jika kesemua pelarian itu dihantar pulang ke Myanmar, mereka akan mengalami ancaman dan bahaya terhadap nyawa mereka berikutan trend Kerajaan atau tentera Myanmar yang didakwa mendiskriminasi dan mengancam komuniti Muslim di negara berkenaan.

SINGKIRKAN MYANMAR DARI ASEAN

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker