M4yat warga emas dipercayai m4ngsa bunuh ditemukan berhampiran sekolah

23/02/2021 11:47 PM

ALOR SETAR, 23 Feb — Seorang lelaki warga emas dijumpai mati dengan kesan kecederaan parah pada bahagian leher disyaki dibunuh sebelum mayatnya ditemukan orang awam di kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) Suka Menanti, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata sebelum itu, pihak polis menerima maklumat mengenai pergaduhan membabitkan dua lelaki berhampiran Lebuhraya Sultan Abdul Halim, dekat sini pada pukul 4.30 petang.

“Selepas itu, polis menerima satu lagi maklumat daripada orang awam yang telah menjumpai satu mayat di kawasan sekolah berkenaan pada 6.30 petang. Siasatan mendapati, mangsa yang berusia 73 tahun itu merupakan seorang daripada yang terlibat dalam pergaduhan sebelum itu.

“Mangsa yang juga orang kurang upaya (OKU) ditemukan dengan kesan kecederaan parah pada bahagian leher dan dipercayai telah mati sebelum dibuang ke kawasan berkenaan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini.

Beliau berkata suspek yang berumur dalam lingkungan 30-an dipercayai mempunyai masalah mental berjaya ditahan selepas dia terlibat dalam satu kemalangan di kawasan Taman Wira Mergong, di sini selepas melakukan jenayah itu.

“Selepas pergaduhan berlaku, suspek telah membawa mangsa masuk ke dalam kereta jenis Proton Saga miliknya. Kita masih menyiasat sama ada mangsa mengenali suspek dan adakah ia melibatkan kes culik atau tidak.

“Senjata yang digunakan iaitu sebilah parang telah dijumpai di dalam kereta suspek dan motif kejadian masih dalam siasatan. Suspek kini ditahan di Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan dan kita akan mendapatkan perintah reman terhadapnya untuk siasatan,” katanya.

Ahmad Shukri berkata suspek juga mempunyai dua rekod jenayah lampau dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Warga emas ditemukan selamat selepas 20 jam hilang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker