6,000 penduduk tinggal di jalan sama

6,000 penduduk tinggal di jalan sama

Warsaw: Pelik namun realitinya, seramai 6,000 penduduk tinggal di jalan yang sama di sebuah bandar di Poland.

Portal Times Now News melaporkan, mereka yang tidak tahu tempat itu mula bercakap mengenainya selepas tularnya gambar kediaman itu di pelbagai platform media sosial, awal bulan ini.



Bandar dinamakan Sułoszowa itu terletak di daerah Krakow dekat selatan Poland, yang pada awalnya sebuah kampung pada satu jalan terpanjang di Poland dengan jarak sejauh sembilan kilometer (km).

Terdapat hanya satu jalan panjang di seluruh bandar dengan rumah di sepanjang laluan itu, dengan dikelilingi oleh tanah hijau yang luas di kedua-dua arah.

Semua rumah terletak di kedua-dua belah jalan.

Sułoszowa digelar sebagai Little Tuscany kerana pemandangan indah dan susun atur yang luar biasa.



Menurut CSO Poland, bandar itu merekodkan populasi 5,819 orang pada tahun 2017 dengan pertambahan hanya 19 penduduk, berbanding 2013.

Ia sebahagian daripada Taman Kebangsaan Ojcowski dan mula menjadi tajuk utama berita, pada 2020.

Bandar itu sebenarnya diasaskan pada abad keenam oleh seorang pegawai tentera bangsawan yang mewakili Kerajaan Poland.

Ramai yang tidak tahu mengenai kewujudannya. Kampung itu sendiri berdepan pengurangan penduduk kerana ramai anak muda berhijrah ke luar sejak beberapa tahun lalu.



“Anak muda akan ke luar negara atau ke bandar besar untuk bekerja,” kata salah seorang penduduk tertua di kampung itu kepada MailOnline.

6,000 penduduk tinggal di jalan sama

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Virgoun buat seks ketika berpuasa

Instafamous Elcah dakwa bekas suami paksa poligami



Baju tahun lepas pun tak habis pakai – Che Ta

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker