Majlis Perbandaran Selayang janji bantu selesai isu lori halang gerai bunga

PETALING JAYA: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) berjanji akan membantu penjual bunga kecil-kecilan yang tidak dapat menjalankan perniagaannya selama beberapa bulan kerana seorang pemandu lori sering meletak kenderaan di tapak perniagaannya.

“Kami sedang cuba mengenal pasti pemilik lori itu dan kami akan memaklumkan kepadanya yang peniaga mesti dibenarkan menjalankan perniagaannya di sana pada waktu dibenarkan,” kata jurucakap MPS kepada FMT.

Katanya, pegawai MPS sudah menemui penjual bunga itu, Shakila Rajagopal, dan menerima tiga laporan daripadanya.



MPS sebelum ini bertindak meninggalkan notis yang mengarahkan pemandu lori itu meletakkan kenderaan di tempat lain, tetapi arahan itu tidak diendahkan.

Shakila berkata, syarat permit menghalangnya daripada memindahkan perniagaannya ke tempat lain.

Kilang Haram, Pemilik enggan buka pintu pagar, MPS kompaun RM1000, Kalau rumah rakyat?



Menurut peraturan majlis perbandaran, semua peniaga kecil perlu mengenal pasti lokasi tapak perniagaan mereka ketika memohon permit. Mereka hanya dibenarkan beroperasi di premis yang ditetapkan.

Penjual bunga berusia 51 tahun itu berkata, beliau bergelut sejak Oktober lalu, apabila pemandu lori itu mula meletakkan kenderaan di tapak yang diperuntukkan untuk gerainya.

Beliau yang membayar RM90 sebulan kepada MPS untuk mengekalkan permitnya, bingung dengan tindakan pemandu lori itu memandangkan ada banyak tempat meletak kenderaan di kawasan tersebut.

“Lori besar tidak dibenarkan masuk ke kawasan perumahan kami.



“Jadi, saya faham dia perlu meletakkan lorinya di luar. Tetapi, yang mengecewakan adalah kadang-kadang dia menghalang gerai saya dengan kenderaannya dan enggan mengalihkan lorinya apabila saya bercakap dengan cara baik.”

 

Selepas Wilayah, Kedah juga wujudkan negeri bebas berniaga



Shakila berkata, beliau serba salah sejak masalah itu berlaku kerana kini hanya suaminya yang menanggung perbelanjaan keluarga.

Wanita itu menjual gula-gula secara sampingan, tetapi pendapatannya merosot dengan ketara kerana sukar menjual bunga.

Beliau dan suaminya berusaha menyimpan wang untuk membiayai pendidikan tinggi anak mereka, tetapi mereka menanggung kerugian berjumlah RM150,000 apabila rumah mereka terbakar dua tahun lalu.

Mereka kini perlu membayar sewa rumah dan ansuran kereta.



Shakila selalu bimbang beliau tidak dapat membayar yuran pengajian anak sulungnya yang sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang.

“Ia bukan kursus murah, tetapi kami ingin memberi pendidikan baik kepadanya.

“Dua lagi anak perempuan saya masih bersekolah menengah dan kami terpaksa berbelanja lebih untuk data internet kerana mereka mengikuti kelas dalam talian dari rumah.”

Kilang haram terus beroperasi kerana ‘dasar’ kerajaan negeri



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker