Kumpulan pendidik bantah cadangan kelonggaran baju seragam sekolah

PUTRAJAYA: Dua kumpulan pendidik membantah cadangan bekas menteri pendidikan, Maszlee Malik dan beberapa Ahli Parlimen pembangkang supaya murid kurang berkemampuan diberikan kelonggaran ke sekolah tanpa berpakaian seragam.

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) kurang bersetuju murid diberi kelonggaran ke sekolah tanpa berpakaian seragam.

Setiausaha Agungnya, Harry Tan berkata, sebagai bekas menteri pendidikan, Maszlee sepatutnya lebih memahami falsafah di sebalik tindakan Kementerian Pendidikan (KPM) dan sekolah mewajibkan murid berpakaian seragam ke sekolah.



“KPM dan pihak sekolah mewajibkan pakaian seragam kerana ia mempunyai falsafah seperti mewujudkan semangat kepunyaan, murid bangga dengan sekolah mereka kerana mempunyai etos dan kejayaannya.

“Pakaian seragam juga bertujuan memastikan semua murid sama dan tiada perbezaan darjat. Jadi, fokus mereka adalah pada pencapaian akademik dan pembinaan watak.

“Masyarakat juga senang mengenal pasti murid sesebuah sekolah apabila mereka keluar dari pagar sekolah ataupun ponteng,” katanya ketika dihubungi FMT.

NUTP tidak terima aduan guru terpaksa beli pelitup muka



Presiden Ikatan Guru-guru Muslim Malaysia (i-Guru), Mohd Azizee Hasan berkata, cadangan itu tidak praktikal sekarang kerana pakaian seragam sekolah bertujuan memastikan disiplin, pembentukan adab dan identiti murid serta keselamatan mereka.

Katanya, jika ada ibu bapa yang menghadapi masalah kewangan, khususnya golongan B40, mereka boleh berbincang dengan pihak sekolah serta Sarana Ibu Bapa melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk membantu pembelian pakaian/peralatan sekolah.

“Setakat ini, KPM mengurangkan bantuan awal persekolahan (BAP) untuk murid daripada keluarga berpendapatan di bawah RM3,000 yang boleh digunakan bagi membeli pakaian seragam sekolah.



“Pihak sekolah juga boleh memberikan kelonggaran bagi membolehkan murid berpakaian sukan atau pendidikan jasmani ke sekolah beberapa hari seminggu kerana kos pakaian sukan lebih murah dan berpatutan.”

Beliau yakin pihak sekolah dan ibu bapa dapat menyelesaikan isu berbangkit menerusi perbincangan dengan pelbagai pihak, termasuk Sarana Ibu Bapa dan PIBG.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker