Penyandang Dun Asahan kritikal di Hospital Melaka

Penyandang Dun Asahan kritikal di Hospital Melaka

MELAKA: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan, Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan kini berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka akibat Covid-19.

Beliau yang tidak dicalonkan untuk mempertahan kerusi dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ditidurkan sejak semalam, berikutan keadaan kesihatannya semakin menurun.

Menurut Jurucakap Hospital Melaka, Abdul Ghafaar disahkan positif Covid-19 minggu lalu dan mendapat rawatan di hospital berkenaan.



“Namun kesihatannya menurun dan telah dimasukkan di ICU, tetapi keadaannya terus tidak stabil hingga terpaksa ditidurkan semalam,” katanya.

Sementara itu, Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) pula telah mengadakan bacaan Surah Yasin menerusi aplikasi Google Meet petang semalam, untuk mendoakan kesihatan dan kesejahteraan buat Abdul Ghaafar. Utusan

Penyandang Dun Asahan kritikal di Hospital Melaka


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

Dutch man’s private part rots after bitten by a cobra

Asteroid berbahaya 4660 Nereus hampiri Bumi [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker