Polis cari lelaki disyaki rogol, lacurkan anak

Share

Polis sedang mengesan seorang lelaki yang didakwa merogol serta melacurkan anak perempuannya berumur 13 tahun di kediaman mereka di Kajang sejak 3 tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang, Mohd Zaid Hassan berkata ibu saudara mangsa melaporkan perbuatan keji suspek itu kepada polis kelmarin selepas mengetahui perkara itu awal bulan ini.

“Siasatan awal polis mendapati mangsa dipercayai mula dirogol ayah kandungnya sewaktu 10 tahun dan kegiatan itu diketahui ibu mangsa, namun tidak melakukan sebarang tindakan selepas suspek berjanji tidak mengulangi perbuatannya,” katanya dalam kenyataan semalam.

Zaid berkata, suspek mula melacurkan anaknya itu sejak pertengahan 2019 hingga Februari tahun ini dan dikatakan memaksa mangsa melayan lebih 20 pelanggan yang dibawa pulang ke rumah mereka.

“Suspek dipercayai membawa pelanggan pulang ke rumah dan memaksa mangsa melayani kehendak seks pelanggan tersebut, namun tiada sebarang bayaran diperolehi.”

Kes itu, katanya, disiasat mengikut Seksyen 376B/372 Kanun Keseksaan dan Seksyen 43(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu diminta menghubungi mana-mana balai berdekatan atau pegawai penyiasat Norhafizah Borhannudin menerusi 018-3903410 atau 03-89114222 untuk membantu siasatan.

Bernama

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!