Ajal di atas pokok

Bintulu: Seorang pekerja am yang sedang melakukan kerja mencantas pokok ditemui mati di celah dahan pokok setinggi empat meter meter petang semalam.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu, Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Pero Guyuh berkata, sepasukan Pasukan Alpha BBP Bintulu bergerak ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 1 tengah hari.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pasukan kita mendapati ada seorang lelaki di celah pokok berkenaan,” katanya.

Pasukan bomba, katanya, kemudian memanjat pokok itu menggunakan sebuah tangga bagi melakukan pemeriksaan terhadap lelaki berkenaan.

Menurutnya, usaha menurunkan mangsa menggunakan pengusung mengambil masa setengah jam dan selesai kira-kira jam 1.45 tengah hari.

“Pasukan perubatan Hospital Bintulu kemudian melakukan pemeriksaan ke atas mangsa sebelum mengesahkan lelaki itu sudah meninggal dunia.,” katanya.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Zulkipli Suhaili mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian ini pada jam 12.40 tengah hari.

Mangsa yang dikenali Wan Sadina Wan Maulana, 56, kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Bintulu untuk bedah siasat.

“Siasatan awal polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kes ini dan kes diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut (SDR),” katanya.-HM

“Celah Mana Sweetnya Tu?” PU Syed Mengulas Mengenai Video Trend Isteri Mencari Suami Dengan Hidu Bau

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker