“Celah Mana Sweetnya Tu?” PU Syed Mengulas Mengenai Video Trend Isteri Mencari Suami Dengan Hidu Bau

Terkini di My KMU !!!!---->

Apalah nak jadi dengan budak budak zaman sekarang?

Heboh apabila tular satu video di apps TikTok satu video challenge memaparkan bagaimana seorang wanita kononnya mencari suami sebenarnya dengan cara mengenal pasti bau pasangan dalam keadaan matanya ditutup.

Jika dilihat dalam video tersebut, wanita itu perlu menghidu setiap lelaki yang berada di hadapannya bagi mencari suaminya dikalangan lelaki yang beratur di depannya walaupun sepatutnya wanita itu sedar lelaki lelaki itu bukan muhrim selain dari suaminya.

PU Syed turut terpanggil untuk memberi komen mengenai trend tersebut agar ia tidak menjadi ikut pada orang ramai yang melihatnya dan yang akan memberi kesan negatif pada pandangan masyarakat.

Takde permainan lainkah yg boleh dimainkan.. Suami pula redha, bila isterinya pegang baju lelaki lain.. Hidu bau badan lelaki lain sehingga bertemu bau badan suami sendiri

Celah mana sweetnya tu?

Tak mustahil satu hari nanti, suami² pula pegang baju isteri org lain dan hidu, utk mencari isteri sendiri

Byk lagi permainan patuh shariah yg boleh penganjur buat. Tapi asbab nak seronok, halal dan haram belakang kire

What the berat66 benda ni?

PU Syed

#AdeAmbeTakut
#BiarTahuJanganDokTahu

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan dari PU Syed.

Mereka juga berharap agar perrbuatan yang sia-sia ini tidak wajar dicontohi oleh sesiapa pun terutamanya mereka yang beragama Islam dan tau halal haram hukumnya.

Sumber: Facebook PU Syed

Leave a Reply