“Tunggu Abang Luar Dewan Peperiksaan Macam Hari Pertama Masuk Tadika Dulu.”- Norman Hakim Beri Semangat Pada Anak Calon SPM 2021.
Hari ini, bermulalah cabaran buat semua pelajar calon peperiksaaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020. ser4mai 401,105 calon sekolah SPM mencipta sejarah tersendiri apabila peperiksaan itu bermula di seluruh negara hari ini setelah ditunda ekoran peningkatan v1rus pendemik sejak tahun lalu.
Pastinya setiap ibu bapa yang mempunyai anak menduduki peperiksaan ini mendoakan anak-anak. Sudah pastinya setiap ibu bapa inginkan kejayaan buat anak-anak.
Begitu juga dengan pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim yang menitipkan dia buat anaknya yang merupakan calon SPM tahun 2020 yang menduduki peperiksaan tahun ini.
Love U Lillahi Taala Abang @danishhakimofficial. Usahakan yg terbaik utk hari ini. Mama Abah, Papa Mummy doakan. –Abby Abadi
Dalam pada itu Norman Hakim turut meluangkan masa untuk menghantarkan anaknya pada hari pertama menduduki peperiksaaan.
Segala doa terbaik mengiringi setiap langkahmu anak…dari Papa,Mama,Mummy & Abah. Papa akan sentiasa tunggu abang kat luar dewan peperiksaan ni mcm hari pertama abg masuk tadika dulu. Allah s.w.t pelih4r4mu,Muhammad s.a.w sertaimu,Nur dihadapanmu.- Norman Hakim
Dalam pada itu, warganet dan rakan artis turut mendoakan kejayaan buat Danish Hakim.
Untuk makluman, Mohammed Danish Hakim adalah anak sulung daripada tiga orang cahaya mata hasil perkahwinan Abby dan Norman pada tahun 2003 dan berpisah tahun 2008.
Norman dan Memey mendirikan rumahtangga pada tahun 2011. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata.
Sumber: Instagram Abby Abadi dan Norman Hakim
[VIDEO] Selepas Anak Lelaki, Anak Gadis Norman Hakim Pula Beri Duit Belanja
You must be logged in to post a comment.