[VIDEO] Selepas Anak Lelaki, Anak Gadis Norman Hakim Pula Beri Duit Belanja

 

Image_1.jpg

 

“Saya sebak bukan sebab dapat duit tapi, sebab nikmat, rahmat dan barakah rezeki yang Allah bakal gandakan untuk anak-anak saya. Alhamdulillah hikmah sebalik PKP, saya nampak ikhtiar anak-anak untuk buat pendapatan melalui atas talian.

“Itu pun dia belajar dari apa yang kita buat,” demikianlah tulis pelakon Norman Hakim menerusi laman Instagram dimana dia terharu apabila giliran anak gadisnya, Marissa Dania pula menghulurkan ‘duit poket’ kepadanya, selepas anak lelakinya, Danish Hakim berbuat demikian sebelum ini.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Norman sebak kerana duit yang diberikan oleh anaknya itu merupakan hasil titik peluh menjalankan perniagaan secara online.

Perkongsian pelakon berusia 45 tahun itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen bangga dengan tindakan gadis berusia 16 tahun itu serta memuji cara didikan Norman dan Abby Abadi.

Image_2.jpg

Image_3.jpg

Image_4.jpg

 

[VIDEO] Selepas Cium Pipi, Cium Ketiak Pula – Netizen Meluat Tengok Aksi Ayda & Nabil

Related Articles

One Comment

  1. Alhmdulillah berbakti kepada kedua orang tua. Semoga dipermudahkan segala urusan, semoga menjadi anak yang soleh dan solehah. Tahniah !

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker