Pelajar Malaysia di Korea dakwa dibuang dari ‘group’ belajar kerana isu Janna Nick?
Kontroversi antara Janna Nick dengan sebahagian besar peminat K-Pop telah membuatkan hampir dua hari hashtag #jannanickisgoingtopartyjail tular sehingga keluar negara.
Janna Nick juga telah membuat laporan polis dengan menafikan dakwaan dia menghina artis K-Pop di media sosial dan tidak lama selepas itu akaun Twitter dan Instagramnya ‘hilang’.
Kena remove dari group belajar
Disebabkan kontroversi yang berlaku, ada beberapa pihak yang turut terkesan dengan perkara tersebut. Antaranya ialah pelajar yang belajar di Korea Selatan.
Menerusi satu muat naik tangkapan skrin di Twitter, seorang pengguna telah berkongsi perbualan WhatsApp dengan seorang individu yang mempunyai kenalan pelajar Malaysia yang belajar disana apabila telah dikeluarkan dari kumpulan whatsApp tugasan universiti mereka.
Belum start sem dan kena kick
“Harap tak jadi dekat adik aku”
Walaupun perkongsian tersebut tidak dapat dipastikan kebenarannya, namun menerusi komen yang mereka sertakan, terlihat ramai yang terkesan dengan kontroversi berkenaan kerana membawa nama Malaysia.
Mereka juga khuatir akan ada ramai lagi pelajar yang akan menerima nasib yang sama hanya disebabkan kontroversi tersebut.
Ni berita sedih
Dekat aplikasi lain pun ada yang kena kick
Setakat ini, #jannanickisgoingtopartyjail masih lagi trending dan puluhan ribu ciapan dibuat menggunakan hashtag tersebut.
Tidak tahan dikecam atau mahu meredakan keadaan, tinjauan Kosmo! Online mendapati akauan Instagram Janna Nick kini telah dinyahaktif.
Perkara ini bermula disebabkan ada individu yang memuat naik kembali satu rakaman mendakwa pelakon Melastik Cinta itu mempersendkan kematian seorang anggota kumpulan SHinee pada tahun 2018.
Selepas itu, satu tangkapan skrin menunjukkan Janna menyindir girlband Blackpink ketika mempromosikan drama arahannya bertajuk Delen-OhMM
Sumber: syasyasyasya05, Twitter
Janna! Janna! Janna! Didakwa Suka Ambil Heroin Sama, Michael Ang Balas Sedas kat Netizen
You must be logged in to post a comment.