Janna! Janna! Janna! Didakwa Suka Ambil Heroin Sama, Michael Ang Balas Sedas kat Netizen

Drama terbaharu Marry Me, Senorita lakonan aktres Janna Nick dan aktor Dini Schatzmann sedang bersiaran di Astro Ria bermula 2 Februari lalu.

Gandingan mantap pasangan kekasih ini mendapat respon positif daripada kalangan penonton di laman sosial.

Walaubagaimanapun, ada segelintir netizen yang meluahkan rasa tidak berpuas hati apabila mendakwa Janna sering menjadi pilihan heroin dalam drama arahan pengarah terkenal Michael Ang.

“Michael Ang suka ambil pelakon sama, Janna Janna Janna. Bagilah heroin-heroin baru,” tulis pengikut itu di ruang komen di Instagram (IG).

Tidak mendiamkan diri, Michael membalas komen itu dengan menyatakan kerjasama ini terjadi selepas tiga tahun.

Drama arahan terakhirnya yang dilakonkan oleh Janna adalah My Coffee Prince pada tahun 2017

“Dah lama saya tak buat drama dengan Janna, dah tiga tahun. Itu pun selalu ke?” balasnya.

Komen balas Michael telah mendapat sokongan daripada pengikutnya yang memuji dengan hasil lakonan pemilik nama Nurul Jannah Muner.
“@fareen_faiqish: Janna berlakon best. Heroin baru sapa yang boleh berlakon baik macam Janna..

Berbakat. “@nasrulnuddinnasri: Itu rezeki dia. Kalau Janna Nick berlakon best, kenapa nak mempersoalkan?” antara reaksi daripada wargamaya

Selain Janna dan Dini, Marry Me, Senorita turut dilakonkan oleh barisan pelakon hebat antaranya Shaza Bae, Yasmin Hani, Datuk Jalaluddin Hassan, Datin Fadilah Mansor, Meerqeen, Daler Yusuf dan ramai lagi-GEMPAK

[VIDEO] “Saya Sedar Akan Kekhilafan Saya…” – Janna Nick Mohon Maaf Dengan Netizen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker