[VIDEO] “Saya Sedar Akan Kekhilafan Saya…” – Janna Nick Mohon Maaf Dengan Netizen

Image_1.jpg

“SAYA MINTA MAAF & AMPUN. Saya mohon maaf daripada semua seandainya saya ada mengguris perasaan sesiapa. Saya sedar akan kekhilafan saya dan saya sedar siapa lah saya tanpa sokongan anda.

“So thank you for supporting my work and appreciating it despite my behavior… thank you from the bottom of my heart. It means the world to me,” demikianlah kata pelakon dan pengacara Janna Nick menerusi satu entri yang dimuat naik semalam di laman Instagram miliknya.

Sejak kebelakangan ini ada sahaja kontroversi terpalit Janna apabila mengeluarkan kenyataan yang mengundam kecaman ramai. Kesal akan tindakannya itu, Janna dilihat memuat naik satu video memohon maaf secara terbuka kepada netizen yang terguris hati dengan perbuatannya sebelum ini.

 

Image_2.jpg

Menerusi video tersebut, Janna dilihat tidak dapat menahan air mata ketika meluahkan segala perasaan yang terbuku di hatinya serta menyedari kekhilafan dirinya.

Janna turut menggelarkan dirinya bodoh kerana bergaduh dengan netizen sedangkan selama ini netizen dan peminat yang menyokong kerjaya serta drama lakonannya.

“Saya memohon maaf secara terbuka kepada netizen yang tengok video ini dan sakit hati dengan sikap saya. Saya minta maaf sangat. Tak tahulah. Saya rasanya memulakan 2021 ini dengan negatif. Contohnya, bergaduh dengan netizen. Bodohnya saya. Sayalah ‘loser’ itu. Saya tak patut pun buat begitu.

Image_3.jpg

“Bila you guys support drama tu, trending kan drama tu, aku ni gaduh dengan orang, gaduh dengan peminat yang support drama aku. Janna satu dan netizen kosong itu memang teruk. Saya minta maaf.

“Kenyataan pasal saya cakap orang biasa dengan artis, saya betul-betul tak ada niat nak bezakan artis dengan orang biasa. Dekat sini saya beritahu, artis itu juga orang biasa. Saya orang biasa dan saya buat salah. Saya harap sangat semua maafkan saya,” ujar pelakon drama ‘Dia’ itu.

Terdahulu, hangat diperkatakan apabila Janna bertikam lidah dengan netizen di laman Twitter. Malah, Janna turut dikecam apabila menggelar seorang netizen sebagai ‘loser’.

Image_4.jpg

 

Leave a Reply