[VIDEO] “SOP Ada Kenal Dua Darjat Ke Eh?” – Netizen Pertikai SOP Majlis Tunang Elisya Sandha Waktu PKP

Alhamdulillah. Tahniah diucapkan sekali lagi kepada pelakon Elisya Sandha yang baru sahaja melangsungkan pertunangan bersama anak sulung penerbit terkenal, Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy pada Ahad lalu.

Akhirnya, terjawab juga teka-teki yang bermain dalam fikiran netizen selama ini, berkenaan hubungan antara adik pelakon Fasha Sandha itu dengan anak teruna Sheila.

 



Bagaimanapun, dalam kegembiraan selepas menerima perkhabaran tersebut, kini timbul pula isu dimana warganet mempersoalkan majlis pertunangan mereka yang diadakan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung. Eh, bukan SOP tak boleh buat majlis pertunangan ke?

Rata-rata daripada mereka mempersoalkan mengenai kebenaran acara pertunangan yang diadakan oleh keluarga selebriti dan penerbit itu meskipun  hanya dihadiri oleh keluarga terdekat



Majlis tunang waktu PKP, boleh ke?

Sedang heboh di laman Twitter apabila ramai yang menimbulkan rasa hairan, bagaimana mereka boleh mengadakan majlis pertunangan dihadiri keluarga masing-masing sedangkan ‘sudah terang lagi bersuluh’ dalam SOP menyatakan majlis keramaian tidak boleh diadakan dalam tempoh ini.

Netizen membanjiri posting berkenaan dengan komen-komen tidak berpuas hati terhadap perkara tersebut, tambahan lagi ramai yang terpaksa menunda tarikh istimewa mereka disebabkan PKP.

Bahkan, ada yang sempat berseloroh menyatakan ‘SOP untuk rakyat marhaen sahaja’.

Antara dua darjat?



Kita punya la tangguh

SOP untuk rakyat marhaen je ke?

Kebal undang-undang kot

Selagi ada wang, di situ ada jalan



Bukan golongan artis sahaja

Sementara itu, ada juga netizen yang meluahkan bahawa sebenarnya ramai juga ‘orang biasa’ yang melangsungkan majlis keraian sebegitu, bukan golongan artis sahaja.

Rata-rata daripada mereka mempersoalkan mengenai kebenaran acara pertunangan yang diadakan oleh keluarga selebriti dan penerbit itu meskipun  hanya dihadiri oleh keluarga terdekat. Segelintir daripada mereka pula meluahkan rasa kecewa kerana terpaksa membatalkan majlis pertunangan berikutan SOP yang dilaksanakan dan tidak kurang juga yang beranggapan acara itu diadakan hanya dalam skala kecil di kediaman mereka sendiri.



Elisya Sandha merupakan seorang pelakon, model, penyanyi dan pengacara wanita Malaysia. Beberapa hari lepas, dia baru sahaja melangsungkan pertunangan bersama anak teruna Sheila Rusly, Uzair Haqimy Azman pada tanggal 30 Januari 2021.

Hmm. Kita bersangka baik sahaja, ya? Doakan semoga jodoh mereka berpanjangan dan selamat diijabkabulkan kelak!

Sumber: Instagram, Twitter @AnisAshaari , OhMyMedia

Elisya Sandha Selamat Bertunang Dengan Anak Sheila Rusly, Uzair Haqimy

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker