Kanak-kanak pesakit leukemia capai impian naik MPV polis selamat dikebumikan

SEBERANG PERAI – Jenazah seorang kanak-kanak lelaki menghidap leukemia yang sebelum ini mencapai impiannya untuk menaiki kereta peronda polis (MPV) selamat dikebumikan pagi tadi.

Jenazah, Mohamad Ammar Dhani Mohd Azuan, 7, selamat dikebumikan di di Tanah Perkuburan Masjid Bakar Kapor, Penaga jam 10 pagi selepas dilaporkan meninggal dunia jam 6.14 petang semalam.

 



7AFC87E7-3476-4C93-A7A2-8C4F5C882FFC
Noorzainy ziarah jenazah Mohamad Ammar Dhani sebelum mengiringi ke tanah perkuburan hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, beliau dimaklumkan Mohammad Ammar Dhani meninggal dunia di rumah keluarganya di Pangsapuri Titi, Teluk Air Tawar di sini.

“Saya terima perkhabaran sedih berhubung kematian kanak-kanak itu petang semalam.

“Pagi tadi saya sempat luangkan masa untuk ziarah jenazah Mohamad Ammar Dhani dan kami warga Polis Seberang Perai Utara gembira dapat tunaikan impiannya baru-baru ini,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.

Pada 22 Januari lalu, media tempatan melaporkan, impian Mohamad Ammar Dhani untuk menaiki MPV menjadi kenyataan apabila dibawa meronda di sekitar kawasan berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah SPU sambil diiringi Noorzainy.



Kanak-kanak yang menghidap kanser darah sejak berusia dua tahun itu bercita-cita menjadi anggota polis.

Dalam pertemuan itu, kanak-kanak tersebut dibawa bersiar-siar selama 10 minit sejauh kira-kira dua kilometer dengan MPV jenis Honda Civic. – MG

Al-Fatihah: Kanak-kanak Pesakit Leukemia Capai Impian Naik Kereta Peronda Polis Meninggal Dunia



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker