“Mengejek Bukan Savage, Itu Biadab!” – Hani Fadzil Bidas Tindakan Melampau Pelakon Wanita Ejek Bintang K-Pop

Penyampai radio Hani Fadzil tampil membidas tindakan melampau seorang pelakon wanita yang keterlaluan mengejek kematian bintang Korea seperti yang viral baru-baru ini.

Hani dalam pada itu menyelar tindakan pelakon terbabit yang turut mengejek nama beberapa artis termasuk anggota kumpulan K-Pop terkenal dalam naskhah arahannya.

“Dah lama perhati dia ni. First masuk allkpop for thinking she’s so funny for mocking a person’s death.

“Then she chose to konon acah savage & name a character in something she directed by mocking a kpop group? Ni namanya clout sebab dia tahu semua akan triggered dan bagi dia attention.

“Nak promote product pandai pulak “nak tak look korean..?”dan lain-lain lagi,” ciap Hani di Twitter

Sebagai peminat setia K-Pop, Hani jelek dengan isu terbabit dan menasihati pelakon wanita itu agar tidak keterlaluan memperlekehkan minat individu lain sekiranya tidak sependapat.

“As a person like me yang dah lama minat kpop and dah kena mock for liking kpop since 2006. I’m just sick of this issue.

“If you dont like a certain genre/ fandom, just keep it to yourself. You think everyone likes your acting/ singing?
Think again.

It’s not about taksub. It’s about respect. RESPECT!!! Mocking something you have no idea about is not “savage”. It’s plain RUDE!” tambah Hani.

Selain itu, Hani turut berpesan kepada orang ramai agar tidak terus membuli pelakon terbabit secara melampau biarpun apa yang diperlukannya untuk viral sudah tercapai.

“Even though what she did was wrong, we should not cyber bully her back because that would just make us the same.

“For all we know, she’s happy she’s trending & getting all the attention she wants. This is why at first I thought I wanted to choose to be quiet,” tambah Hani beserta emoji marah. 😡 – GEMPAK

Leave a Reply