[VIDEO] Snek Kulit Ikan Dory Adalah Dari Spesis Ikan Ini..Netizan Dedah Kisah Sebenarnya…

Boleh dikatakan sekarang sudah menjadi trend snek dory skin yang menjadi kegilaan ramai.

Namun ramai yang tidak tahu kebanyakan dory skin yang berada di pasaran sebenarnya dari kulit ikan patin atau nama saintifiknya Pangasius

Menerusi Twitter, seorang netizen Faizedzahar yang mendedahkan perkara itu turut memaparkan ikan patin yang dijual menerusi atas talian turut menggunakan nama dory bersama Pangasius.

IKAN DORY DI SHOPPEE

Pasti ramai tertanya-tanya mengapa ianya dipanggil dory sedangkan ianya ikan patin. Memetik Wikipedia, pada satu ketika kebanyakan ikan dipanggil dory supaya mudah untuk dipasarkan.

Perkongsian itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang akui terkejut dengan pendedahan tersebut dan tidak menyangka selama ini dory skin yang dimakan adalah kulit ikan patin.

Namun, ada seorang netizen menjelaskan mengenai nama dory itu dimana ikan dori laut dikenali sebagai john dory manakala ikan dori air tawar dikenali sebagai ikan patin.

KOMEN NETIZEN:

VIDEO:

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=-7ff7fbZO5Q[/embedyt]

4 manfaat kulit ikan Dory

Tahukah anda, kulit ikan dory seperti bahagian-bahagian yg lain mempunyai bnyk manfaat dan khasiat yang bagus untuk tubuh badan kita. Kaya dengan Sumber protein, vitamin dan lemak omega-3, menjadikan kulit ikan dory diet yang bagus untuk ambilan harian selain rasa yg Sedap dan rangup.

Berikut adalah antara 4 manfaat kulit dn isi ikan dori:
1. Menjaga Kesihatan Kulit

Kulit Ikan Dory kaya dengan omega 3 yang berfungsi untuk mengurangkan pengeluaran zarah keradangan di dalam badan yang berpotensi merosakkan kulit. Ia juga mencegah kedutan dan juga menjaga kesegaran kulit menjadikan kulit lebih sihat, rapi, dan kelihatan lebih muda.

2. Meningkatkan Fungsi Otak

Selain untuk kecantikan, kulit ikan dory juga bermanfaat untuk perkembangan otak terutama kepada bayi dan kanak-kanak. Kandungan omega 3 yang dimiliki ikan dory mampu mempercepat pertumbuhan sel otak yang baru, terutama pada awal usia pertumbuhan sehingga dapat meningkatkan kecerdasan dan konsentrasi.

3. Menjaga Kesihatan Mata

Ikan Dori mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, dan sebagainya. Vitamin A dan DHA khususnya amat penting untuk menjaga kesehatan mata dari dalam.

4. Meningkatkan Kesihatan Jantung

Manfaat kulit ikan dory lainnya yaitu dapat menjaga dan meningkatkan kesihatan jantung kerana mengandungi asid EPA dalam lemak omega-3 yang membantu merendahkan tekanan darah dalam badan.Begitu banyak manfaat kulit ikan dory in kepada badan kita, tidak hairan mengapa ramai yang menjadikan nya sebahagian dari pada amalan pemakanan harian.

Sumber : Gulapop

Agong belanja Ebit Lew makan ikan patin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker