Agong belanja Ebit Lew makan ikan patin



Sebaran :


“Terharu sebak sangat.”

Itulah reaksi penceramah popular, Ebit Lew apabila Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini membelanjanya makan ikan patin di Temerloh, Pahang.

Menurut Ebit, dia berasa sangat malu apabila dilayan Al-Sultan Abdullah dari mula hingga selesai menjamah hidangan malah dimintanya membacakan doa sebelum makan.



“Tuanku ulang kali cakap ustaz terima kasih beri bantuan di Negeri Pahang. Allahuakbar. Sebenarnya sikit sangat bantuan kami berikan di Pahang ini.

“Selalu nampak rombongan Tuanku YDPA setiap hari beri bantuan banjir. Pecah tiga lagi. Tuanku, Permaisuri Agong dan Pemangku Raja. Dari pagi sampai lewat malam,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook.

Ebit juga berkata, Agong turut menyuapkan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.



“Bergurau mesra. Kasih sayang. Cinta sampai syurga,” ujarnya.

Tambahnya, menambahkan rasa malunya adalah apabila Al-Sultan Abdullah mengajaknya serta pasukannya bergambar.

“Semua memang berdoa jer teringin nak bergambar. Allah kabulkan doa kami. Ya Allah inilah Raja kami yang teramat baik dan mulia. Berilah kebaikan dan rahmat kepada Tuanku dan keluarga.



“Terima kasih ya Allah temukan kami dengan Tuanku YDPA kami yang mulia,” katanya. K Online


Sebaran :


Leave a Reply