Ahli Parlimen BN tolak Muhyiddin diajak bincang dasar ‘pasca-PN’ bersama PH Plus


Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko), Wilfred Madius Tangau, menggesa Ahli Parlimen Umno yang menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, serta beberapa lagi dalam Barisan Nasional yang turut berniat sama, untuk bersama Pakatan Harapan.

Beliau menggesa Ahmad Jazlan Yaakub (Machang), Nazri Aziz (Padang Rengas), Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) dan “rakan-rakan lama dalam BN yang meninggalkan Muhyiddin, bukan kerana mereka mempunyai kes mahkamah yang sedang berlangsung”, untuk bersama PH Plus bincang dasar alternatif bagi “Malaysia pasca-Muhyiddin dan pasca-Perikatan Nasional”.

“Sama ada kita akan duduk sekali di masa depan (atau tidak), sebagai Ahli Parlimen, kita masih mempunyai kewajipan untuk menawarkan polisi yang berfungsi dan menyeluruh buat berjuta-juta rakyat yang menderita apabila PM menjejaskan mata pencarian mereka hanya untuk menyelamatkan jawatannya,” kata Tangau, yang merupakan Ahli Parlimen Tuaran dan bekas timbalan ketua menteri Sabah.

Itu adalah salah satu daripada dua cadangan Tangau dalam satu kenyataan hari ini, dengan yang lainnya adalah supaya pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim segera membentuk Jemaah Menteri bayangan.



Tangau memohon presiden PKR itu untuk membentuk Jemaah Menteri bayangan dalam masa seminggu dan segera menyusun polisi alternatif pembangkang berkenaan pandemik dan ekonomi.

“Mohon pengerusikan mesyuarat pertama Kabinet bayangan PH Plus Rabu depan dalam Zoom. Sudah tiba masanya kita menghentikan serangan berulang kita terhadap kerajaan pintu belakang.

“Sebaliknya, kita harus bekerja keras untuk menawarkan dasar dan penyampaian yang lebih baik sehingga kita dapat masuk dari pintu hadapan dengan majoriti yang kuat, hebat, dan meyakinkan selepas pilihan raya umum ke-15,” katanya.

Tambahnya, “darurat Muhyiddin” adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab dan terdesak,



“Dengan mendakwa ‘business as usual’ tetapi menyekat Parlimen dan mencegah pilihan raya, PM bukannya mahu melawan Covid-19. Dia mencemarkan demokrasi untuk menyelamatkan jawatannya.

“Dengan berbuat demikian, dia memudaratkan jutaan pekerjaan setelah pasaran merudum di Bursa Saham Kuala Lumpur semalam dan menjejaskan mata pencarian jutaan isi rumah. Ini mungkin akan bertambah buruk sepanjang pelaksanaan darurat dalam lapan bulan akan datang,” kata Tangau.

Beliau berkata, Muhyiddin dan menterinya yang menyokong darurat secara kolektif menghancurkan keyakinan pasaran dan mengusir pelaburan, baik asing mahupun domestik, dengan mewujudkan krisis berganda dalam ekonomi dan politik.

“Kini pembangkang harus muncul sebagai alternatif kepada politik Muhyiddin yang semberono.



“PH Plus harus bersedia memikul tanggungjawab untuk memulihkan ekonomi kita ketika ‘adventurism’ dan salah tadbir Muhyiddin melintasi garis merah melampaui apa yang mampu ditolak ansur oleh masyarakat dan Ahli Parlimen dalam kerajaan,” katanya.

Tangau yakin hari itu akan tiba, tetapi pada masa yang sama risau PH Plus mungkin tidak bersedia untuk mengambil alih.

“Saya ingin mengatakan PH Plus sudah bersedia untuk menyelamatkan Malaysia tetapi, mungkin ianya tidak tepat. Kebenarannya adalah PH Plus telah membazirkan 10 bulan selepas Langkah Sheraton.

“Kami tiada Jemaah Menteri bayangan, walaupun mempunyai lebih kurang 40 bekas menteri dan bekas timbalan menteri. Kami tidak dapat menghasilkan Belanjawan bayangan sebelum 6 Nov. Saya malu.



“Saya tidak mahu menuding jari kepada mana-mana rakan sekerja Parlimen saya kerana saya juga bersalah tidak lebih berusaha. Saya hanya dapat meminta maaf kepada semua rakyat yang kecewa.

“Bangun pada pagi pertama setelah darurat Muhyiddin (diumumkan), saya merasakan kegelisahan, keperitan dan kemarahan rakyat yang tidak menaruh harapan kepada kerajaan dan politik kita,” katanya. FMT

Prn Sabah : Tangau dan UPKO tersungkur



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker