Israel akui lakukan ‘Nakba’ kedua di Gaza

Israel akui lakukan ‘Nakba’ kedua di Gaza

Pemimpin Israel tidak menyembunyikan niat sebenar mereka apabila mengarahkan lebih 1 juta penduduk di utara Gaza ‘berpindah’ ke selatan.

Menteri Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Israel, Avi Dichter secara terus terang berkata, tindakan tersebut merupakan ‘Nakba’ atau bencana besar terhadap penduduk Palestin buat kali kedua.



Dalam wawancara dengan televisyen tempatan, ketika ditanya sama ada rakyat Gaza mempunyai tempat untuk kembali selepas perang, Dichter memberitahu Channel 12 “kami kini sebenarnya, melancarkan Nakba Gaza.”

Nakba merujuk peristiwa pengusiran besar-besaran penduduk Palestin pada tahun 1948 apabila lebih 700,000 penduduk dihalau dari negara mereka oleh rejim Israel.

Mereka melarikan diri daripada dibunuh militan Zionis yang melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap penduduk Palestin di kampung, pekan dan bandar.

Israel mengulangi Nakba kedua terhadap penduduk Palestin dengan mengebom dan melancarkan operasi darat yang telah menyebabkan lebih 11,000 maut dan lebih sejuta terpaksa melarikan diri dari utara ke selatan.



Beberapa pemimpin Israel termasuk Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dilaporkan berkata, tentera Zonis akan terus berada di Gaza walaupun selepas serangan ke atas penduduk awam tamat. MG

Israel akui lakukan ‘Nakba’ kedua di Gaza

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Mas Idayu nak pengsan tengok persembahan Shila Amzah dengan Syahir

Cek Mek Molek Aliff Aziz paling lengkap



Siti Nordiana gagal bawa watak ‘nakal’ Britney

Ramli MS terkejut Aliff Aziz ada jiwa ‘leman’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker