Aiman & Zahirah Sambut Anniversary Pertama

Tanggal 20 Februari 2020 merupakan hari istimewa buat Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson apabila pasangan pelakon ini selamat disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz. Semalam telah pun genap setahun Aiman dan Zahirah melayari bahtera perkahwinan bersama.

Pasangan ini menerusi laman Instagram telah menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama dengan memuat naik foto throwback sekitar majlis perkehwinan mereka.

Melihat pada bahagian kapsyen, Aiman dan Zahirah ada menitipkan ucapan istimewa. Pasangan bintang drama bersiri ‘Curi-Curi Cinta’ itu berharap mahligai cinta yang dibina bersama suami kekal selamanya.

Image_2.jpg

“Happy One Year Anniversary to us my love @aimanhakimridza. I love you endlessly, I love you more than you’ll ever know. Here’s to us.. one year down, forever to go..,” ucap Zahirah.

“How time flies ever since. To be frank if it happens to be I’m in a loop.. I wouldn’t mind. Perfect 365days. Happy anniversary my love @zahirahmacwilson #zahirAH,” kata Aiman pula.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat menitipkan ucapan dan mendoakan pasangan selebriti yang dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada pada 5 Januari lalu itu kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

Image_8.jpg

Image_9.jpg

Image_10.jpg

Image_11.jpg

Image_12.jpg

Leave a Reply