UMNO YANG MESYUARAT, PARTI LAIN YANG RESAH?

Saya perhati seorang ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) sebuah parti ini seolah-olah ada “assignment” untuk mempersoal dan menyerang UMNO secara terbuka.

Sudah beberapa kenyataan mutakhir dia yang tak henti-henti menyentuh UMNO. Tidak nampak pula kenyataan tentang partinya sendiri.

Terkini, individu ini menggesa UMNO untuk mendedahkan keputusan rasmi mesyuarat.

Ditegaskan,
1. Jika UMNO mahu mengumum atau mendedahkan sebarang keputusan, UMNO akan lakukan mengikut waktu dan garis masanya sendiri.
2. Sebarang kenyataan rasmi mengenai keputusan dasar akan datang dari Presiden atau Setiausaha Agung.
3. Gesaan terbuka melalui media untuk UMNO mendedahkan perihal dalaman parti hanya membongkar kelemahan pihak yang menggesa tersebut.

Shahril Hamdan

Ketua Penerangan Umno Malaysia

Leave a Reply