Isu Annuar Musa Digugurkan, Ini Pandangan Ikhlas Untuk Ahli UMNO

1. Apa juga yang dibuat, ikutlah perlembagaan parti. Jangan buat keputusan sendiri. Keputusan yang benar akan dilihat salah jika caranya tidak betul

2. TSAM digugur selepas desakan Ketua-Ketua Bahagian. Tetapi media tahu lebih awal. Itu bermakna ada pihak yang telah bocorkan keputusan mesyuarat. Belajar daripada PAS pada zaman PR. Rosaknya mereka ketika itu adalah apabila ada ahli mesyuarat yang tidak amanah.

Siasat dan ambil tindakan segera. Necessary evil kadang-kadang sesuatu yang perlu untuk menstabilkan parti

3. Apa pun yang anda semua buat, jangan serang PAS secara terbuka. UMNO dan PAS adalah teras kepada perpaduan orang Melayu. Parti lain adalah supplementary sahaja. Bersatu Berjasa Ikatan adalah nilai tambah.

Dah boleh ke PAS serang UMNO? Saya dah jawab dalam status sebelumnya. Ini status untuk anda, bukan mereka.

4. Hormat hak PAS untuk berada dalam PN walaupun itu menyakitkan anda. Sepertimana mereka juga perlu hormat hak anda untuk tidak bersama dengan Bunga Raya.

5. Jika benar ada usaha untuk bersama DAP seperti yang digembar-gembur musuh dan rakan ketika ini, maka jangan. Betul UMNO menguasai undi Melayu dan DAP menguasai undi Cina.
Tetapi dalam politik, 1 + 1 tidak akan jadi 2. Boleh jadi jumlahnya 0.5

Saya percaya itu hanya rumors sahaja. Tuan-tuan lebih cerdik daripada saya. Tetapi fitnah sekiranya tidak dihentikan, maka akan dipercayai semua.

6. Saya bukan ahli UMNO. Tapi kalau ditanya pendapat saya, maka berjalanlah sendiri sepertimana anda semua lahir dahulu. Sendiri. Jika pokok anda benar-benar kuat, maka burung2 tetap akan kembali bertenggek di dahan Bajalah pokok anda sesungguh-sungguhnya.

7. Jika anda memilih untuk sendiri, elakkan bertembung dengan PAS dalam PRU. PAS sahaja, PPBM tu ikut saudara2 semualah nak ketuk kepala atau macammana.
PAS adalah pengimbang anda. Hubungan kalian adalah ‘love-hate relationship’ yang telah ditakdirkan untuk negara kita.
Pertembungan anda berdua, akan merugikan semua.

8. Jika anda mahu PRU segera, maka yakinkan rakyat bahawa ia adalah sesuatu yang perlu untuk mereka. Bukan untuk anda.

9. Jaga Presiden anda. Kalau tak suka, tukar ketika Pemilihan. Cara yang paling mudah untuk membuat sesebuah parti tidak relevan adalah dengan menyerang Presidennya.
Sebab itu dahulu ketika kempen PRU14, sasaran PH adalah DS Najib dan TGHH. Mereka tak buang masa serang pemimpin lain. Presiden adalah institusi. Bukan individu

10. Hati-hati dengan pemimpin yang suka menyerang pemimpin parti sendiri. Ketika krisis 2015 dahulu, sebahagian MT UMNO bersungguh-sungguh mahu TSMY dipecat dari parti walaupun DS Najib berat hati
Hari ini mereka yang bersungguh dahulu itu telahpun masuk Bunga Raya atau jadi menteri yang setia
Yang itu saya akan cerita kemudian

11. Be firm dengan apa yang tuan-tuan nak. Jika nak tolak kerajaan, maka tolak dengan cara yang betul.

Jangan buat macam belanjawan. Bising-bising kemudian sokong pula. Orang tengok boleh sakit hati
Itu sahaja

Saya bukan ahli UMNO. Jika ada manfaat, ambillah. Jika tiada, tinggalkan. Jika nak kutuk saya suara parti2 tertentu pun silakan Kerana hanya Allah yang tahu apa sebenarnya yang ada dalam lubuk hati saya.

Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Kuala Terengganu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker