[VIDEO] Cabaran Sebut 1 Bas, 2 Bas Jadi Trend, “Sampai Ke Sudah Terbabas babas ko…”Berlagak la lagi..

Saban hari ada sahaja cabaran internet yang muncul. Cabaran ini menjadi berangkai apabila seorang mencubanya dan mencabar rakan-rakan lain di media sosial. Sama seperti cabaran yang baru-baru ini menjadi ikutan ramai iaitu membuat video dengan menyebut 1 bas, 2 bas sehinggalah ke 10 bas.

Nampak cabaran sebut 1 bas, 2 bas ini macam senang dan ringkas sahaja. Tapi yang menyahut cabaran ini kena menyebut kiraan bas ini dengan laju. Memang boleh tersasuk dibuatnya! Sama seperti individu dalam satu video yang tular baru-baru ini.



Dalam rakaman itu kelihatan seorang lelaki menyahut cabaran sebut 1 bas, 2 bas hinggalah ke 10 bas. Cubaan lelaki itu mengira bas tersebut nampaknya gagal di pertengahan jalan apabila dia mula tersasul. Berikut adalah rakaman lelaki tersebut yang turut menyahut cabaran media sosial ini yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter:

Pelakon Fizz Fairuz pun tidak ketinggalan untuk mencuba cabaran tersebut sehingga diketawakan oleh isteri dan anak beliau 🤣🤣🤣

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=xhaZqII2THs[/embedyt]

Boleh pula dia tersasul bila kira laju-laju ya! Perkongsian tersebut telah meraih lebih 79 ribu tontonan dan 2,600 retweets serta likes. Rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian tersebut di ruangan komen seperti berikut:

“Aku try tadi sampai kat sembilan mesti tersebut sembilan belas kakaka”

“Hahahahah sampai ke sudah terbabas”



“Hahahaa dengan aku sekali ikut tanjat bila dia tersasul tu ehhh hahaha”

Sumber: Instagram, Twitter, HCL

Wee janji pakej bantuan bagi pemandu bas sekolah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker