SONY PlayStation 5 akan masuki Malaysia, buat tempahan anda sekarang!

SEKIRANYA anda terlepas dua pusingan pra-tempahan PlayStation 5 (PS5) sebelum ini, inilah peluang para peminat game untuk mendapatkan konsol permainan Sony terkini. Sony Malaysia telah mengumumkan bahawa kumpulan pra-tempahan ketiga untuk PlayStation 5 telah boleh dilakukan mulai semalam.

Oleh kerana negara masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Sony Malaysia memutuskan pra-tempahan kali ini hanya boleh dilakukan secara dalam talian dan peminat tidak boleh menempahnya secara walk-in di kedai Sony.



Bagi membolehkan anda mendapatkan unit tersebut, anda hanya perlu melawat Kedai Rasmi Sony di Lazada dan anda boleh mendapatkan maklumat terperinci mengenai gajet tersebut dengan wakil penjual Sony yang sah.

Bagaimanapun tempahan melalui WhatsApp tidak boleh dilakukan ketika ini.
Kelebihan mereka yang membuat tempahan adalah apabila gajet itu diumumkan memasuki pasaran rantau ini, mereka tidak perlu beratur seawal pagi untuk membelinya dan seterusnya dapat menikmati permainan tersebut lebih cepat berbanding rakan-rakan.

Harga rasmi untuk PS5 Edisi Digital ialah RM1869 dan RM2299 untuk versi standard (Ultra HD Blu-ray).

Berikut ialah harga aksesori PS5:
DualSense Wireless Controller – RM349
Pulse 3D wireless headset – RM469
HD Camera – RM279
Media Remote – RM149
DualSense Charging Station – RM149



(Sumber: Sony Malaysia / Facebook)

Racun PlayStation 5 Kembali Lagi, Akhirnya Bakal Dilancarkan Di Malaysia 11 Disember Ini



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker