Pemimpin kanan UMNO elak beri kenyataan

 

SEREMBAN: Pemimpin kanan UMNO enggan mengulas intipati mesyuarat hampir empat jam ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu yang berlangsung di Institut Latihan Memperkasakan Ummah (ILMU) di Janda Baik, Pahang, semalam.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang akhbar di sini hari ini juga enggan mengulas lanjut.



“Ada MT ke semalam,? Tanya Setiausaha Agung, saya tak mahu jadi Setiausaha Agung pula,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT), Markas 1 Briged, Kem Sikamat, Seremban hari ini.

Semalam, media melaporkan ahli MT UMNO mengadakan mesyuarat di ILMU, Janda Baik yang difahamkan membincangkan mengenai hala tuju parti Melayu itu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) selain turut menyentuh mengenai persetujuan melantik Timbalan Perdana Menteri daripada UMNO.

Utusan Malaysia juga cuba mendapatkan maklum balas daripada Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan namun tidak mendapat sebarang reaksi. – UTUSAN ONLINE



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker