Azizulhasni juara lagi

Jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang dan rakan senegara, Shah Firdaus Sahrom meneruskan rentak cemerlang menjelang Sukan Olimpik Tokyo 2020 apabila meraih penamat 1-2 di Kejohanan Trek Elit Victoria, hari ini.

Azizulhasni mencatat 10.126 saat (s) dalam kelayakan pecut individu sekali gus meletakkan dirinya mengungguli kedudukan carta kedudukan dalam saingan yang berlangsung di Velodrome Pusat Sukan Antarabangsa Darebin di Melbourne itu.

Shah berada di kedudukan ketiga terpantas dalam kelayakan dengan 10.186s manakala pelumba Blackburn Cycling Club, Sam Gallagher berada di kedudukan kedua, 10.171s.

Azizulhasni berjaya mengatasi pelumba Brunswick Cycling Club, Mace Colson dalam suku akhir sebelum mengenepikan bekas juara keirin remaja dunia, Conor Rowlyer (Blackburn) di separuh akhir.

Shah menewaskan dua pelumba Blackburn, Sean Cleary dan Gallagher masing-masing di suku akhir dan separuh akhir.

Azizulhasni membuktikan yang dirinya masih sebagai sandaran utama pecut negara selepas menewaskan Shah di pentas final.

Rowley meraih pingat gangsa selepas menewaskan Gallagher dalam saingan playoff.

Untuk rekod, Azizulhasni dan Shah bukanlah satu nama asing di saingan domestik di Australia dan kedua-dua wakil Malaysia ini masing-masing pernah meraih emas dan gangsa dalam acara keirin di Kejohanan Kebangsaan Australia di Brisbane, Disember lalu.

Kedua-dua atlet ini berpangkalan di Melbourne dan berlatih di bawah kendalian ketua jurulatuh trek kebangsaan, John Beasley.-BH

Azizulhasni Awang kembali ke tahta No. 1 dunia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker