Racun PlayStation 5 Kembali Lagi, Akhirnya Bakal Dilancarkan Di Malaysia 11 Disember Ini

Penantian para peminat PlayStation 5 kini akhirnya telah tamat, hari ini Sony Malaysia mengesahkan konsol PlayStation 5 bakal dilancarkan di Malaysia pada 11 Disember 2020

Menerusi status yang dimuat naik di Facebook, pihak Sony Malaysia turut mengumumkan harga rasmi bagi konsol ini dimana PlayStation 5 edisi digital bakal dijual dengan harga RM1,869 manakala versi Ultra HD Blu-ray bakal hadir dengan harga RM2,299.

Image from PlayStation Asia

Image via PlayStation Asia

Dalam pada itu, pihak Sony Malaysia turut mengumumkan harga bagi aksesori PlayStation terdiri daripada DualSense yang bakal hadir dengan tanda harga RM349. Fon kepala Pulse 3D dengan harga RM469 dan Dual Sense Charger pada harga RM149.

Image from PlayStation 5

Image via PlayStation 5

Tempahan awal PlayStation 5 boleh dibuat bermula esok, 12 November 2020 di beberapa Sony Store dan penjual terpilih

Image from PlayStation 5

Image via PlayStation 5

Selain itu, antara permainan atau game seperti Marvel’s Spider-Man: Miles Morales, Call of Duty: Black Ops Cold War, dan Demon’s Souls turut akan dijual pada harga bermula  RM209 hingga RM299 setiap satu.

Untuk maklumat lanjut mengenai tempahan awal PlayStation 5 dan senarai Sony Store dan penjual terpilih, anda boleh sahaja klik di sini.-Says.com

Image from Sony Malaysia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker