Pemain Liga M disuntik vaksin lebih awal

© Provided by Berita Harian Hamidin menyampaikan cenderahati kepada Muhyiddin ketika pertemuan di Putrajaya, semalam. syafiq.aznan

 

KUALA LUMPUR: Pemain Liga Malaysia (Liga M) boleh ‘bergasak’ tanpa sebarang kerisauan selepas ini apabila mereka bakal menerima vaksin COVID-19 menerusi inisiatif yang dilakukan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Itu antara inti pati pertemuan antara Presiden FAM merangkap Presiden MFL, Datuk Hamidin Mohd Amin bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berlangsung hampir sejam di Putrajaya, semalam.

Hamidin menjelaskan kepada Muhyiddin bahawa FAM dan MFL melaksanakan inisiatif untuk kelompok 2,500 pemain dan pegawai bola sepak di peringkat elit diberi suntikan COVID-19 hasil perbincangan dengan Kementerian Sains, Inovasi dan Teknologi (MOSTI) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Hasil perbincangan dengan Menteri MOSTI, Khairy Jamaluddin dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, kami mengemukakan permohonan untuk kelompok pemain tempatan diberi suntikan vaksin seberapa awal yang boleh.

“Kemungkinan besar selepas kumpulan petugas barisan hadapan,” kata Hamidin dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam masa sama, badan induk itu turut menghulurkan penghargaan kepada Muhyiddin yang mendukung hasrat keluarga bola sepak negara untuk bangkit semula susulan impak COVID-19 selain berpesan supaya saf kepimpinan FAM bersatu hati di bawah pucuk pimpinan yang padu dan tidak terperangkap dalam krisis kepimpinan.

“Bagi pihak FAM dan MFL, saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin atas kesudian beliau mengambil sedikit masa menerima kunjungan hormat kami dalam menjelaskan beberapa kaedah persiapan untuk skuad kebangsaan sepanjang musim ini serta sepak mula Liga M bermula Mac.

“Kami bertukar pendapat dengan beliau mengenai situasi semasa termasuk persediaan memberi imunisasi kepada keluarga bola sepak negara dan betapa pentingnya industri hiliran berasaskan bola sepak dibenarkan kembali beroperasi di bawah prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

“Beliau memahami bahawa bola sepak di peringkat akar umbi juga harus diberi ruang untuk bernafas demi kelangsungan ekosistem bola sepak secara keseluruhannya, sebagaimana yang diperjuangkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

TMJ jaga FAM pun tak sampai setahun, bayangkan jadi PM – Syed Saddiq

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker