Gadis Ini Buat Laporan Polis “Sugarbook” Guna Gambar Beliau Tanpa Izin

Kasihan sungguh adik muslimah ini, gambar adik balqis digunakan tanpa izin untuk menawarkan khidmat seks di website sugarbook.

adik balqis, sekarang merasa sedih dan depresi apabila masyarakat mencemuh dan menghina beliau kerana salah sangka bahawa dia menjadi sugar baby.

Bayangkan kalau adik muslimah ini anak tuan-puan.

Dimalukan, diaibkan dan dihina satu Malaysia seolah-olah perempuan jalang.

Alhamdulillah saya (PU Rahmat) telah mengajak ayah dan adik balqis membuat laporan polis agar tindakan undang-undang dikenakan kepada Pengasas Sugarbook yang durjana ini.

Saya nak minta bantuan sahabat semua buat 5 perkara

1) Kita Sebarkan status ini untuk membersihkan nama adik muslimah ini.

2) Memberi tekanan kepada pihak berkuasa agar mengenakan tindakan undang-undang kepada Pemilik Sugarbook.

3) Sign Petition ini agar NGO kami ( Al Azhar Care ) dapat membawa suara semua orang kepada Pihak Berwajib.

4) Memaksa Sugarbook memohon maaf secara terbuka kerana telah mencalar maruah seorang wanita dan seorang muslimah.

5) Berikan komen yang memberi semangat agar adik Balqis yang baru berusia 19 tahun kekal positif dan emosinya stabil setelah tercalar kerana fitnah dan aib daripada sugarbook yang durjana.

Mari kita mendoakan adik Siti Balqis binti Zamri yang baru berusia 19 tahun agar dapat menjadi seorang wanita yang berjaya satu hari nanti. Amin

Rata rata netizen memberi komen

Sumber: Facebook Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan

Leave a Reply