“Finally, After 5 Years..,” Pelakon Hannah Delisha ‘Senyap-Senyap’ Bernikah, Pilih Imam Shah Jadi Teman Hidup
Tiada angin tiada ribut, satu posting daripada Instagram pelakon cantik kelahiran Singapura ,Hannah Delisha telah mengejutkan para peminatnya.
Pelakon kelahiran Singapura, Hannah Delisha, 25, selamat menamatkan zaman bujang dengan jejaka pilihannya, Imam Shah, setelah lima tahun bercinta.
Menerusi perkongsian menerusi entri Instagram (IG), Hannah atau nama sebenarnya, Hannah Adlina Blackburne Birch memuatnaik dua keping gambar di dalam majlis pernikahannya, sebentar tadi.
”Finally, after 5 years. Alhamdullilah. I love you @imamemy,” tulisnya berserta tanda pagar (hashtag) imam pada hannah.
Hubungan yang dijalinkan secara ‘diam-diam’ sehingga ke jinjang pelamin itu ternyata mengejutkan ramai peminat dengan mendapat 496 ribu tanda suka dan dibanjiri dengan ratusan komen oleh netizen.
Sementara itu, suami Hannah menerusi akaun @imamemy di Instagram turut memuatnaik gambar mereka setelah sah bergelar suami isteri.
”It’s always you. In the name of the Most Gracious, Most Merciful. I love you @hannahdelisha,” beserta tanda pagar yang sama.
Sehingga kini tiada kenyataan rasmi dari pihak Hannah Delisha. Apabila menghubungi pihak pengurusan Hannah Delisha, seorang wakil bernama Dura menyatakan bahawa pelakon itu akan buat satu kenyataan rasmi tak lama lagi.
“Insya Allah, akan dibuat satu kenyataan media oleh pihak Hannah Delisha. Tuan punya badan akan keluarkan statement secepat yang mungkin tentang perkahwinan ini.”
Dari laporan mereka berdua bernikah di negara Singapura tempat kelahiran pasangan pengantin. Tahniah diucapkan.
Suami kepada Hannah Delisha iaitu Imam Shah juga merupakan seroang pelakon di negara jiran.
Pada September tahun lalu, Hannah yang tampil dengan imej berhijab menakan penampilan baharunya itu kerana ingin berkahwin dalam masa terdekat.
Sebaliknya, dia hanya melaksanakan tanggungjawabnya kepada Allah SWT dan mahu menjadi muslimah yang baik.
Pelakon drama Cinta Sekali Lagi ini berkata dia lebih selesa berkongsi mengenai kerjaya sahaja memandangkan dirinya seorang yang tidak gemar menjual kisah peribadinya kepada umum.
‘Jaga privasi, dah rancang kahwin sejak 5 tahun lalu’
Tiada niat untuk merahsiakan perkahwinannya dengan suami, Imam Shah, pelakon jelita, Hannah Delisha sememangnya seorang yang amat berahsia terutama berkaitan hal peribadi.
Perkara itu didedahkan pengurusnya, Dura Aiman kepada Kosmo! Online sebentar tadi yang turut memaklumkan pelakon kelahiran Singapura itu akan berkongsi kenyataan media mempercincikan perkahwinan mengejutnya dengan lelaki juga merupakan seorang pelakon dari negara republik tersebut.
“Hannah is a very very private person. (Hannah merupakan seorang yang sangat-sangat menjaga privasi). Hannah akan keluarkan kenyataan media secepat mungkin.
“Macam saya cakap tak semua perkara saya boleh bercakap mewakili pihaknya. Bagi masa sedikit,” katanya Dura yang juga merupakan pengurus artis syarikat pengurusan, Prodigy Syndrome Management Malaysia kepada Kosmo! ketika dihubungi sebentar tadi.
“Hannah dan Imam sudah rancang berkahwin sejak 5 tahun lepas,” dedah Dura secara ringkas lagi.
Dalam pada itu, Dura berkata, gambar yang viral itu bukanlah adegan drama sebaliknya memang majlis akad nikah Hannah bersama Imam Shah.
“Majlis berkenaan ringkas dan kecil serta hanya dihadiri oleh keluarga terdekat saja. Cuma, saya tidak boleh berkongsi lebih lanjut kerana pihak pengurusan tidak terbabit dalam perkara ini.
“Kami dimaklumkan mengenai majlis nikah pada hari ini, cuma menurut Hannah, dia sendiri akan berkongsi butiran lanjut,” katanya.
Tambah Dura, pihak pengurusan sendiri tidak dapat ke Singapura kerana kekangan dari segi undang-undang bagi menyekat penyebaran Covid 19.
Terdahulu, Hannah atau nama lengkapnya, Hannah Adlina Blackburne Birch, 25, membuat kejutan dengan berkongsi foto dia selamat bernikah dengan seorang jejaka yang dikenali sebagai Imam Shah.
Perkara tersebut dikongsi sendiri oleh Hannah, 25, dalam satu hantaran Instagramnya sebentar tadi.
“Akhirnya selepas lima tahun. Alhamdulillah, saya cintakan awak @imamemy disertai dengan tanda pagar #imampadahannah,” tulis Hannah.
Sementara itu, dalam Instagram Imam, pengantin lelaki itu turut memuat naik hantaran dia sedang menyarungkan cincin pada jari manis pelakon yang popular menerusi drama Cinta Sekali Lagi itu. – K! ONLINE
Sumber: Hannah Delisha, Imammemy
You must be logged in to post a comment.