Pengasas SugarBook gagal direman, Polis mohon semakan kehakiman esok

KUALA LUMPUR: Polis akan memohon semakan kehakiman, esok, susulan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak permohonan agensi keselamatan itu untuk menahan reman pengasas aplikasi Sugarbook.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi BH, hari ini, mengesahkan perkara itu.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Shah Alam dilaporkan menolak permohonan polis untuk menahan reman pengasas Sugarbook bagi membantu siasatan dakwaan aplikasi itu digunakan sebagai platform mencari perempuan simpanan.



Peguam mewakili lelaki itu, Foong Cheng Leong, dipetik sebagai berkata Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Noorasyikin Sahat, menolak permohonan berkenaan selepas anak guamnya memberi aku janji akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis.

Pengasas Sugarbook ditahan

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat pula dilaporkan berkata lelaki tempatan berusia 34 tahun berasal dari Minden, Gelugor, Pulau Pinang itu ditahan pada jam 4.30 petang semalam di sebuah kondominium di ibu negara.



Fadzil berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Suspek juga disiasat mengikut Seksyen 372(1)(d) dan Seksyen 372B Kanun Keseksaan.

Fadzil turut memaklumkan hingga kini, 74 laporan polis diterima di seluruh negara berhubung kes itu.

Media sebelum ini melaporkan Malaysia berada di kedudukan ketiga tertinggi di Asia, menyusuli India dan Indonesia bagi negara yang ada bilangan ‘sugar daddy’ paling ramai melalui aplikasi Sugarbook yang didakwa menyediakan platform mencari teman janji temu itu.



 

Gadis Ini Buat Laporan Polis “Sugarbook” Guna Gambar Beliau Tanpa Izin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker