‘Bertudung Bukan Sebab Nak Kahwin’ – Hannah Delisha

Share

Pelakon drama Cinta Sekali Lagi iaitu Hannah Delisha memuatnaik foto bertudung dengan kapsyen bertulis ‘Bismillah’ mendapat perhatian dan pujian ramai. Foto dan kapsyen tersebut seolah memberi bayangan bahawa pelakon kelahiran Singapura ini sudah berhijab.

Hannah Delisha bagaimanapun menerusi laporan BH Online, berkongsi perasaan dan keputusannya berhijab kepada peminat. Malah, dia juga sudah mengenakan hijab sejak empat hari lalu lagi.

Terikat dengan komitmen drama


Foto yang dikongsinya itu telah mendapat lebih 200,000 tanda suka dan respon positif dari rakan industri serta pengikutnya. Meskipun, sudah lama menyimpan niat untuk berhijrah, akhirnya dia nekad juga untuk mengenakan hijab.

Jika ikutkan, saya sudah berniat mahu memakai hijab sejak Ramadan lalu. Bagaimanapun, disebabkan terikat dengan komitmen drama Cinta Sekali Lagi, niat berhijrah terpaksa ditangguhkan dahulu. Namun, saya tidak menangguhkan hasrat sebaik selepas penggambaran. Semoga saya terus istiqamah. Alhamdulillah.

Saya mula bertudung sejak empat hari lalu. Namun, hanya berkongsi berita penghijrahan dalam laman sosial, semalam.


Mahu jadi muslimah yang baik

Hannah Delisha juga berkongsi jiwanya lebih tenang dengan perubahan yang dialaminya itu. Dia bersyukur kerana keputusan dibuat pada saat tiada hutang penggambaran yang memerlukannya tidak bertudung.

Pelakon ini juga menafikan gosip yang mendakwa dirinya bakal mendirikan rumah tangga dan mengaitkan dengan keputusan memakai hijab.


Saya hanya menunaikan tanggungjawab kepada Allah SWT. Dalam hidup, kena sentiasa berubah dan memperbaiki kekurangan diri. Saya mahu menjadi muslimah yang baik. Insya-Allah.

Tidak… Saya bertudung bukan sebab mahu kahwin.

Sumber: BH Online

Leave a Reply