COVID-19: Rekod tertinggi 25 kematian, 2,712 kes baharu

PUTRAJAYA: Malaysia catat kes kematian tertinggi disebabkan oleh COVID-19 hari ini iaitu sebanyak 25 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes kematian itu menjadikan jumlah kumulatif kes kini sebanyak 1,030 kes.

Bagi kes baharu, Dr Noor Hisham berkata sebanyak 2,712 kes dilaporkan hari ini dan Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 1,013 kes.

“Ia diikuti Johor dengan 426 kes baharu dan Kuala Lumpur, 212 kes. Hingga kini seramai 227 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 103 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya hari ini menerusi Facebook.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan hingga jam 12 tengah hari tadi, seramai 5,320 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih di negara ini sebanyak 235,082 kes.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker