Rolex Dr Zul cecah RM131,000, lelongan ditutup tengah malam ini

KUALA LUMPUR: Jam tangan Rolex milik bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sudah mencatatkan bidaan tertinggi sebanyak RM131,000, setakat jam 9.33 pagi tadi.

Perkara itu diumumkan beliau menerusi kemas kini di ruangan komen pada hantaran di Facebook rasminya.

“Makluman terkini, (Jam 9.33 pagi, 31/10/23). Bidaan tertinggi adalah sebanyak RM131,000,” katanya.



Bidaan jam jenama mewah berkenaan akan ditutup jam 12 tengah malam ini.

Semalam, Zulkifli memaklumkan melelong jam tangan Rolex kesayangannya dengan harga tapak RM40,000 dan hasil jualan akan didermakan sepenuhnya untuk kebajikan rakyat yang menderita di Palestin.

Zulkifli berkongsi inisiatifnya menerusi hantaran di Facebook miliknya, bermula semalam, dengan kenaikan bidaan bermula dengan harga RM100 ke atas.

Dalam hantaran sama, Zulkifli turut berkongsi kisah di sebalik jam berkenaan yang dihadiahkan oleh Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Achey guna populariti anak demi lariskan bisnes?



Penyertaan dalam FD3 macam sampah, ini kata Ryan Bakery

Nabil gurau ‘face shaming’ pulak kali ini



Leona dikecam nampak lurah, Azhar Sulaiman ‘back up’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker