Mujahid berjaya batal saman fitnah Kamarul Zaman

Kuala Lumpur: Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa hari ini berjaya membatalkan saman fitnah difailkan bekas Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Kamarul Zaman Yusoff terhadapnya berhubung laporan rencana membabitkan kenyataan Ahli Parlimen Parit Buntar itu yang diterbitkan dalam dua portal berita.

Peguam Noorazmir Zakaria yang mewakili Mujahid berkata Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Rozana Ali Yusoff membenarkan permohonan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu untuk membatalkan saman tersebut yang difailkan pada 14 Oktober tahun lalu.

“Mahkamah bersetuju dengan hujahan defendan (Mujahid) bahawa tuntutan saman itu adalah satu penyalahgunaan proses mahkamah. Mahkamah membenarkan permohonan Mujahid dengan kos RM5,000,” katanya ketika dihubungi pemberita selepas keputusan permohonan tersebut menerusi prosiding dalam talian (e-review) hari ini.



Penganalisis politik Dr Kamarul Zaman Yusof

Menerusi writ saman dan penyataan tuntutan yang difailkan pada 28 Julai tahun lalu, Kamarul Zaman, 51, mendakwa Mujahid selaku defendan telah menerbitkan dua rencana berunsur fitnah membabitkan kenyataannya di dua portal berita dalam talian iaitu The Malaysian Insight dan Malaysia Dateline bertajuk “Disiplin Ilmu Bukan Sentimen Murahan” selain mendakwa rencana itu juga dimuat naik menerusi laman Facebook Mujahid dan Parti Amanah Negara.

Kamarul Zaman mendakwa kenyataan-kenyataan fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau seorang ahli akademik murahan, berfikiran jumud dan rasis serta ‘menyerang’ parti politik Amanah.

Plaintif menegaskan bahawa kenyataan-kenyataan fitnah itu adalah tidak benar dan telah diterbitkan oleh defendan dengan berniat jahat dan menuntut antaranya ganti rugi RM5 juta termasuk ganti rugi teladan dan keterlaluan, faedah, kos dan relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.-HM

Kamarul Zaman fail saman fitnah RM8 juta terhadap Teresa Kok



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker