Suntikan vaksin: Pekerja asing tidak berdokumen diseru keluar, tidak ditahan – Khairy

PUTRAJAYA – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memberi jaminan pekerja asing tanpa izin tidak akan ditahan apabila mereka tampil untuk mendapatkan vaksin Covid-19.

Beliau yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan berkata, kerajaan akan bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk kedutaan asing, organisasi antarabangsa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi menggalakkan pekerja asing dan pelarian mendaftar dalam program vaksinasi.



“Saya fikir ini mesej penting yang perlu disampaikan agar mereka boleh tampil dengan rasa yakin bahawa kerajaan akan memberi vaksin dan bukan untuk menahan mereka,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Khairy Jamaluddin berkata, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia juga sudah dimaklumkan untuk mewujudkan sebuah pelan pelaksanaan bagi mendekati pekerja asing berdokumen dan tanpa dokumen berhubung program imunisasi itu.

“Bagi pekerja asing yang ada dokumen, kami akan bekerjasama dengan majikan mereka untuk memastikan maklumat dapat disalurkan bagi membolehkan temu janji vaksinasi dapat dibuat.

Dalam pada itu, Khairy Jamaluddin mengulangi jaminan bahawa Malaysia akan menerima penghantaran baharu daripada syarikat pengeluar vaksin Pfizer jika ia tidak berkesan terhadap mutasi virus Covid-19.



Beliau berkata, jaminan itu terkandung dalam klausa perjanjian bekalan vaksin yang ditandatangani kerajaan sebelum ini dengan syarikat terbabit. -K! ONLINE

Anggota PGA ditahan cuba seludup pendatang tanpa izin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker