“Subhanallah..Arah Kiblat Pun Betul Dah Tu” – Tular Gambar Pokok Mirip Orang Tengah Solat Berhampiran Masjid Di Pahang

Gempar baru-baru ini apabila sebatang pokok ditemui menyerupai orang sedang bersolat berhampiran Masjid Kampung Jerangsang, Benta di Kuala Lipis

Menurut laporan, Azman Wahab, 54, berkata, kedudukan pokok itu mula disedari sejak beberapa minggu lalu sebelum gambar pokok berkenaan dirakam anak saudaranya dan tular di laman sosial Facebook.

Tambahnya lagi, imej batang pokok langsat itu kelihatan seperti orang sedang bersolat terhasil selepas terdapat lingkaran tumbuhan menjalar.

“Pokok ini juga mengadap kiblat berhampiran dengan kawasan masjid di atas tanah milik persendirian.

“Sebelum ini, memang tidak nampak dan hanya beberapa minggu ini baru diketahui,” ujarnya.

Berikut di bawah adalah perkongsian penuh yang dimuat naiknya di Facebook:

Tujuannya memuat naik gambar itu adalah untuk menunjukkan kekuasaan Allah SWT terhadap ciptaan-Nya

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen di Facebook pula mendapati, rata-rata warganet meluahkan rasa kagum dan mendapat reaksi positif oleh mereka yang melihat gambar tersebut.

Ketika artikel ini ditulis perkongsian gambar itu telah pun meraih lebih 374 likes, 210 shares dan hampir 40 comments.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Facebook:

Image from Azman Wahab (Facebook)

Image via Azman Wahab (Facebook)

Image from Azman Wahab (Facebook)

Sumber: Image via Azman Wahab (Facebook) & Seismik

Masjid Razaleigh Akan Dibuka April ini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker