Berang bunyi enjin kuat, jiran tembak kereta dengan senapang angin

ISKANDAR PUTERI: Bunyi enjin kereta yang kuat hingga mengganggu jiran menyebabkan kenderaan itu menjadi sasaran tembakan senapang angin.

Kejadian jam 3.15 petang semalam disedari pemandu yang juga pengadu ketika memandu Perodua Myvi di Taman Ulu Choh menghala ke jalan keluar di Jalan Senduduk, di sini.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar, berkata pengadu berusia 21 tahun menyedari keretanya terkena sesuatu yang disyaki tembakan dari rumah berdekatan jalan berkenaan.

“Tembakan itu menyebabkan pintu kereta belakang sebelah kanan mempunyai kesan tembakan.

“Pada jam 5.30 petang hari sama, sepasukan polis menahan seorang lelaki berumur 63 tahun yang mempunyai rekod jenayah lampau di sebuah rumah dalam kawasan yang sama.

“Polis menggeledah rumah lelaki itu dan menjumpai selaras senapang tiruan pendek, selaras senapang tiruan panjang dan tiga biji guli yang disimpan di bawah almari bahagian dapur rumah itu. Turut dirampas sehelai seluar pendek hitam sebagai bahan bukti,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dzulkhairi berkata kejadian itu dipercayai berlaku disebabkan sikap pengadu yang sering membunyikan keretanya dengan kuat hingga mengganggu jiran tetangga.

Katanya, siasatan awal polis mendapati senapang itu dibuat sendiri oleh suspek berdasarkan pembelajaran melalui Youtube.

“Polis masih menyiasat secara terperinci bagaimana senapang itu diperoleh,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 36 Akta Senjata 1960.-BH

Senapang DIY

Related Articles

One Comment

  1. Harap2 pihak polis ambil serius berkenaan perbuatan mengubah ekzos kenderaan hingga menyebabkan gangguan awam (public nuisance). Ada banyak kes2 yang kita dengar penduduk2 bertindak balas ke atas mereka ini. Yang mati pun ada macam kes di Alor Gajah, mati kena tikam. Motor kena bakar dan macam2 lagi. Macam kes yang ini, polis boleh sita atau lebih baik rampas kereta si pengadu ini. Memang niat dia tukar ekzos untuk ganggu orang2 yang duduk di situ. Lebih bagus jika polis tahu bengkel mana yang tukar ekzos dan terus kompaun bengkel tersebut sebagai pengajaran dan amaran.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker